Ikuti Kami:

Jang Nara Kembali Dengan Drama Komedi Romantik, Episod Awal ‘Oh My Baby’ Hanya Raih Rating Rendah

Jang Nara Kembali Dengan Drama Komedi Romantik, Episod Awal ‘Oh My Baby’ Hanya Raih Rating Rendah

Jang Na-ra kini kembali dengan drama romantik komedi yang bertajuk “Oh My Baby”! Ianya mengenai seorang wanita berusia 39 tahun yang mahukan anak tetapi tidak mahu berkahwin. Apabila sudah berputus asa dengan cinta, tiba-tiba tiga lelaki muncul dalam hidupnya dan membuatkan semua menjadi huru-hara.

Ringkasan episod pertama

Pekerja hebat

Ha-ri sangatlah berdedikasi dengan kariernya sebagai pemangku ketua editor di syarikat majalah “The Baby”. Tak pernah lari fokus mengkaji dengan teliti setiap artikel yang dihasilkan oleh jabatannya, wanita ini sentiasa memastikan integriti penjagaan anak dan kehidupan ibu terjaga setiap masa.

Disebabkan oleh semangat yang jitu dan kerja kerasnya, pengurus di syarikat penerbitan itu menyuruh Ha-ri berpindah ke jabatan lain yang boleh memberikan jawatan yang lebih baik kepadanya. Status solonya dan mempunyai pengalaman yang kosong dalam penjagaan anak tidak membolehkan wanita itu untuk dinaikkan pangkat kepada ketua editor di jabatan tersebut.

episod pertama oh my baby

Teringin anak sendiri

Oleh kerana majalah itu memberi fokus kepada kepada kehidupan ibu di mana tidak ada kena-mengena langsung dengannya membuatkan Ha-ri lebih bersemangat untuk mengandung dan menimang cahaya matanya sendiri.

Ha-ri yang bakal memasuki usia 40-an tak lama lagi terpaksa berjumpa dengan doktor sakit puan bagi melalui rawatan membekukan telurnya supaya boleh digunakan pada masa hadapan nanti.

episod pertama oh my baby

Masalah pada bahagian rahim

Malang tidak berbau apabila wanita itu tiba-tiba rebah selepas mengalami sakit perut yang serius. Dunia Ha-ri mula gelap apabila pakar ginekologi itu menyampaikan berita bahawa ovarinya mempunyai jumlah endometriosis (tisu di lapisan uterus membesar di luar rahim) yang agak besar.

Penyakitnya itu menyebabkan kesukaran untuk menghasilkan telur yang berkualiti selain kemungkinan untuk mengandung adalah kurang daripada 7%. Bukan itu sahaja, ubat yang diambil selepas menjalani pembedahan juga akan memberi impak kepada niatnya untuk memiliki anak. Seperti langit runtuh dan menghempap dirinya, Ha-ri menangis teresak-esak mengenangkan nasibnya.

episod pertama oh my baby

Rating agak rendah

Meskipun menampilkan Jang Na-ra yang hebat berlakon tetapi episod perdana “Oh My Baby” hanya mampu meraih catatan 2.04%, satu angka yang agak mengecewakan. Pun begitu, episod kedua drama ini menampakkan sedikit peningkatan apabila berjaya mencatat lebih 0.9% daripada episod sebelumnya.

Pun begitu, penonton yang sempat menyaksikan tayangan pertamanya memuji jalan ceritanya yang realistik. Kata mereka, wanita yang menghampiri usia 40-an sudah pasti akan berasa risau sekiranya masih tidak mempunyai cahaya mata sendiri. Hal ini kerana, semakin meningkat usia, semakin sukar untuk mereka mengandung tanpa bantuan profesional.

Siapa yang rindukan Jang Na-ra selepas tonton lakonannya dalam “VIP”, jangan lupa saksikan drama “Oh My Baby” di saluran tvN.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...