Ikuti Kami:

Jang Hyuk, Lee Joon & Kang Hanna Sah Terajui Drama Bersejarah ‘Red Heart’

Jang Hyuk, Lee Joon & Kang Hanna Sah Terajui Drama Bersejarah ‘Red Heart’

Baru umum line-up barisan utama, tapi rasanya ramai yang dah tak sabar nak saksikan drama “Red Heart” di KBS ini kan?

Drama bersejarah ini ialah kisah fiksyen mengenai Lee Tae, yang menjadi raja Joseon dan mengimpikan sistem beraja mutlak.

Watak Lee Tae akan dihidupkan oleh Lee Joon yang mahu mengukuhkan kuasanya dengan menyingkirkan Park Kye-won dan orang suruhannya. Lee Tae ialah seorang yang sebarang tindakan adalah dibenarkan bagi mencapai impiannya.

Kang Han-na pula akan melakonkan watak Yoo Jung, seorang wanita berjiwa bebas dan memiliki hati Lee Tae. Raja itu memilih wanita berkenaan sebagai puteri raja lantas menyebabkan situasi yang sukar buat keluarganya. Dia kemudiannya terpaksa membuat pilihan sama ada cinta atau pun pembalasan dendam untuk keluarganya.

kbs red heart

Jang Hyuk bertanggungjawab membawa watak Park Kye-won, yang akan terlibat dengan konflik tegang bersama Lee Tae. Dia merupakan simbol kuasa dan figura yang ditaati semua. Dia merupakan ‘penentu raja’ yang nekad untuk ‘mencipta raja yang bijak dan muda dengan tangannya sendiri’ supaya asas Joseon tidak akan dirosakkan oleh pengacau.

Pernah berlakon dalam “Iris 2” (2013), ramai yang menantikan gandingan semula Lee Joon dan Jang Hyuk.

Korang mesti tak sabar kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...