Ikuti Kami:

Jang Geunsuk & Choi Sooyoung Tolak Tawaran, Produksi Nafi ‘Unexpected Country Diary’ Dibatalkan

Jang Geunsuk & Choi Sooyoung Tolak Tawaran, Produksi Nafi ‘Unexpected Country Diary’ Dibatalkan

Diuar-uarkan bakal membuat comeback menerusi drama “Unexpected Country Diary”, nampaknya harapan itu tinggal kenangan sahaja buat peminat Jang Geun-suk.

Khabarnya, walaupun barisan pelakon sudah dicari dengan lengkap, produksi drama Kakao TV itu akhirnya terberhenti di tengah jalan atas pelbagai alasan meskipun masih belum memulakan penggambaran.

Walaubagaimanapun, Kakao TV telah menepis khabar angin itu dan menberikan kenyataan bagi pihak mereka baru-baru ini,

Terdapat laporan yang mengatakan produksi drama terbaru Kakao TV “Unexpected Country Diary” dibatalkan, namun ianya tidak benar. Pada asalnya, tawaran dibuat kepada Jang Geun-suk dan Choi Soo-young, namun tidak jadi dan kami sedang dalam proses mencari pelakon kini.

jang geunsuk choi sooyoung“Unexpected Country Diary” diadaptasi daripada novel web dengan nama yang sama dan membawa kisah mengenai seorang lelaki daripada Seoul yang berkenalan dengan pegawai polis wanita semasa tinggal di perkampungan.

Nampaknya, lambat lagi nak tengok drama Jang Geun-suk.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...