Selepas 2 tahun berehat, pelakon Lee Yu-bi dikhabarkan bakal kembali berlakon dalam sebuah drama bersejarah bersama barisan pelakon yang hebat.
Bukan sahaja Lee Yu-bi malah pelakon Jung Hye-sung turut disahkan bakal menyertai produksi drama “Joseon Exorcist” itu bersama para pelakon lain iaitu Jang Dong-yoon, Park Sung-hoon, Kim Dong-jun dan Kam Woo-sung.
Menurut sumber, Jang Dong-yoon bakal membawa watak utama iaitu seorang putera raja yang cuba melindungi rakyatnya daripada serangan bomoh barat yang cuba mengambil alih empayar mereka.
Kesemua pelakon ini bukan kali pertama berlakon dalam drama bersejarah, malah Jang Dong-yoon dikenali menerusi lakonannya dalam “Tale Of Nokdu”, Lee Yu-bi dengan “The cholar That Walks The Night” manakala Jung Hye-sung pula dalam “Love In The Moonlight”.
Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai drama “Joseon Exorcist” ini nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.