Ikuti Kami:

Jang Dongyoon Dikhabarkan Bakal Terajui Drama Fantasi ‘The Fairy And The Bald Idol’

Jang Dongyoon Dikhabarkan Bakal Terajui Drama Fantasi ‘The Fairy And The Bald Idol’

Sibuk dengan penggambaran drama “Joseon Exorcist”, Jang Dong-yoon dikhabarkan bakal menerajui sebuah drama fantasi tak lama lagi.

Pada 17 Disember, agensi pelakon itu mengesahkan bahawa Jang Dong-yoon ada menerima tawaran untuk muncul dalam drama “The Fairy And The Bald Idol”.

Memang benar dia ada menerima tawaran tersebut namun belum ada apa lagi yang diputuskan.

Kalau anda nak tahu, drama ini ialah penceritaan semula daripada kisah dongeng Korea “The Fairy And The Woodcutter”. “The Fairy And The Bald Idol” ialah sebuah drama fantasi mengenai seorang pari-pari yang turun daripada syurga dan tanpa sengaja mula tinggal dengan idola yang tiba-tiba botak.

jang dongyoon

Drama tersebut juga dilaporkan bakal ditayangkan di bawah saluran SBS namun stesen penyiaran itu mengatakan bahawa tiada apa yang disahkan lagi tetapi ia merupakan salah satu drama yang sedang dipertimbangkan untuk ditayangkan di di saluran itu.

Banyak betul job Jang Dong-yoon! Lepas tamat sahaja tayangan “Search”, pelakon ini terus memulakan penggambaran “Joseon Exorcist” dan mungkin akan membintangi drama “The Fairy And The Bald Idol” pula.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...