Ikuti Kami:

Jalan Cerita Tak Peningkan Kepala, Ini 10 Drama ‘Healing’ Korea Korang Harus Tonton!

Jalan Cerita Tak Peningkan Kepala, Ini 10 Drama ‘Healing’ Korea Korang Harus Tonton!

Korang perasan tak drama Korea sekarang dah ada banyak genre healing, yang kebiasaannya tidak ada jalan cerita yang merumitkan.

Kalau korang nak tahu, selalunya drama bergenre penyembuhan ini akan melibatkan kisah tentang realiti kehidupan seharian kita.

Jom KimchiDaily kongsikan beberapa drama healing yang korang harus tonton!

1. It’s Okay Not To Be Okay

its okay not to be okay

Drama ini merupakan drama yang paling diingati oleh penggemar drama Korea disebabkan jalan cerita yang tidak merumitkan dan mempunyai elemen yang sedikit menyedihkan serta melibatkan psikologis.

Untuk maklumat, drama ini mengisahkan tentang Moon Gang-tae, seorang anak yatim yang bekerja sebagai penjaga di wad psikiatri dan tinggal bersama abangnya iaitu Moon Sang-tae yang menghidap penyakit autisme.

Sementara itu, Ko Moon-young merupakan seorang pengarang buku kanak-kanak yang berjaya, tetapi mengalami masalah gangguan personaliti anti-sosial. Pada suatu hari, mereka berdua bertemu di hospital dan Ko Moon-young merasakan Moon Gang-tae dapat mengawal dirinya.

Drama “It’s Okay Not To Be Okay” ini dibintangi oleh Kim Soo-hyun, Seo Ye-ji dan Oh Jung-se. Korang boleh tonton drama ini di Netflix okay!

2. Hometown Cha Cha Cha

Hometown cha cha cha

Pada tahun 2021, kita disajikan dengan drama healing yang menjadi perbualan hangat selepas drama “It’s Okay To Not Be Okay” iaitu “Hometown Cha Cha Cha”.

Drama ini mengisahkan tentang seorang doktor gigi bernama Yoon Hye-jin yang melarikan diri dari bandar ke perkampungan tepi laut. Kemudian, dia berjumpa dengan seorang jejaka bernama Hong Do-shik yang bersemangat bebas untuk membantunya belajar mengemudi kehidupan di sebuah perkampungan kecil. Selepas dia menetap di kampung itu, Yoon Hye-jin mula memahami situasi sebenar kehidupan penduduk di kampung ini.

Untuk pengetahuan, drama ini dibintangi pelakon-pelakon terkenal seperti Shin Min-ah, Kim Seon-ho, Lee Sang-yi dan ramai lagi.

3. Dear My Friend

Dear My Friend

Seterusnya, drama “Dear My Friend” yang menggambarkan tentang bagaimana sekumpulan warga emas meneruskan perjalanan hidup mereka dengan keseronokan.

Untuk maklumat, drama “Dear My Friend” berkisar tentang sekumpulan warga emas yang sedang memperjuangkan kehidupan mereka walapun umur menjadi penghalang. Kemudian, mereka berjumpa dengan seorang penulis novel bernama Park Wan. Mereka berkongsikan kisah mereka dengan harapan penulis itu menulis kisah mereka menjadi satu novel.

Bagi yang belum tahu, drama ini telah ditayangkan pada tahun 13 Mei 2016 dan ia mempunyai 16 episod sahaja.

4. Hospital Playlist 

Hospital playlist

Drama yang seterusnya adalah “Hospital Playlist”. Drama ini juga mendapat perbualan di media sosial disebabkan jalan cerita yang membuatkan korang rasa seronok untuk menontonnya.

Kalau korang nak tahu, drama ini mengisahkan tentang kehidupan doktor, jururawat dan pesakit di sebuah hospital. Hospital itu terkenal dengan lima orang doktor yang sudah lama berkawan dan setiap seorang dari mereka mempunyai kisahnya yang tersendiri.

Antara pelakon yang membintangi drama “Hospital Playlist” ini adalah Cho Jung-seok, Yoo Yeon-seok, Jung Kyong-ho, Kim Dae-myung dan Jeon Mi-do. Drama ini juga telah ditayangkan pada 12 Mac 2020 untuk musim pertama dan 17 Jun 2021 untuk musim kedua.

5. Reply 1988

Reply 1988

Seterusnya, drama yang mendapat sambutan ramai dari peminat drama Korea adalah “Reply 1988”. Bagi yang belum tahu, sebenarnya drama ini merupakan sekuel pertama dari siri “Reply”.

Sedikit info, drama ini mengisahkan tentang lima sahabat baik yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama di Seoul. Mereka bergantung pada satu sama lain untuk mengharungi masa remaja mereka yang mencabar dan menetapkan haluan untuk ke masa depan.

Untuk maklumat, drama “Reply 1988” dibintangi oleh Hye-ri, Ryo Joon-yeol, Ko Kyoung-pyo, Park Bo-gum dan Lee Dong-hwi. Tambahan pula, drama ini telah ditayangkan pada 6 November 2015.

6. Extraordinary Attorney Woo

extraordinary Attorney Woo

Tahun lepas, peminat drama Korea telah disajikan dengan drama yang menjadi perbualan hangat di media sosial iaitu drama “Extraordinary Attorney Woo”.

Untuk pengetahuan korang, drama ini bergenre undang-undang jenayah dan psikologi di mana Woo Young-woo mempunyai penyakit autism tetapi dia sangat meminati dunia perundangan.

Disebabkan bakatnya yang boleh mengingat segala-galanya membuatkan dia dapat menjalani latihan peguam di firma undang-undang Hanbada. Di sana, dia mula menyelesaikan kes dengan gayanya yang tersendiri.

Drama ini dibintangi oleh Park Eun-bin, Kang Tae-oh, Kang Ki-young, Ha Yoon-kyung, Joo Jung-hyuk dan ramai lagi. Sedikit info, drama ini turut akan dijadikan sebagai webtoon tidak lama lagi.

7. 18 Again

18 Again

Kepada peminat Lee Do-hyun, korang mesti tahu kan drama “18 Again”? Ha, drama ini juga menjadi perbualan ramai disebabkan jalan ceritanya yang sedikit menyedihkan.

Sedikit sinopsis bagi drama ini, pada mulanya Hong Dae-young berumur 37 tahun dan sedang melalui fasa penceraian. Berasa terbeban dengan kehidupannya kini, dia berharap dirinya dapat kembali ketika masih remaja. Secara tiba-tiba, badannya berubah menjadi 18 tahun kembali dan menjalani kehidupan baru dengan nama yang lain demi melindungi anaknya sendiri.

Tambahan, drama “18 Again” ini dibintangi oleh Lee Do-hyun, Kim Ha-neul dan Yoon Sang-hyun dan telah pun ditayangkan pada 7 September 2020.

8. Hello, My Twenties!

Hello, My Twenties!

Kalau korang nak vibe cerita tentang kehidupan remaja wanita di universiti, korang boleh tonton drama “Hello, My Twenties!”.

Drama ini mengisahkan tentang lima gadis berusia dua puluhan yang tinggal bersama di sebuah rumah dipanggil ‘Belle Epoque’ yang bermaksud ‘masa yang indah’ dalam bahasa Perancis. Setiap gadis itu mempunyai personaliti, latar belakang dan isu tertentu. Apabila gadis-gadis tersebut merasakan ikatan persahabatan menjadi lebih rapat, mereka cuba untuk menangani isu peribadi mereka sendiri.

Malahan, drama ini juga sama seperti drama “Hospital Playlist” di mana mereka mempunyai musim kedua selepas musim pertama tamat tayangannya pada 27 Ogos 2016. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Han Ye-ri, Han Seung-yeon, Park Eun-bin, Ryu Hwa-young dan Park Hye-soo.

9. Our Beloved Summer

Our Beloved Summer

Untuk peminat Choi Woo-shik, korang mesti tengok drama “Our Beloved Summer” kan? Kalau korang nak tahu, sebenarnya drama ini merupakan drama yang diadaptasi dari webtoon tau.

Sedikit info, “Our Beloved Summer” mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Choi Ung, merupakan pelajar yang malas dan dia berjumpa dengan Kook Yeon-soo, seorang pelajar cemerlang di sekolah mereka.

Pada suatu hari, mereka berdua digandingkan untuk membuat satu dokumentari berdasarkan personaliti mereka. Pada ketika itulah, perasaan mereka mula terjalin tetapi hubungan mereka terputus membuatkan mereka tidak mahu berjumpa lagi. Selepas 10 tahun, tiba- tiba dokumentari sekolah menengah itu menjadi tular dan membuatkan mereka bertemu semula.

Untuk maklumat, drama “Our Beloved Summer” ini dibintangi oleh Choi Woo-shik, Kim Da-mi, Kim Seung-cheol dan ramai lagi. Drama ini telah pun ditayangkan di Netflix pada 6 Disember 2021.

10. It’s Okay, That’s Love

It's Okay, That's Love

Untuk drama healing terakhir pilihan KimchiDaily adalah “It’s Okay, That’s love” yang dibintangi oleh Joo In-sung, Gong Hyo-jin, Lee Kwang-soo, Lee Sung-kyung dan Do Kyung-soo.

Untuk pengetahuan, drama ini mengisahkan tentang Jang Jae-yeol, seorang penulis misteri dan DJ radio, yang menghadapi masalah obsesi. Seterusnya, Ji Hae-Soo sedang menjalani latihan doktornya untuk tahun pertamanya dalam bidang psikiatri di Hospital Universiti. Dia memilih bidang psikiatri kerana dia tidak mahu melakukan bidang pembedahan. Selepas dia bertemu Jang Jae-yeol, dia dapat merasakan kehidupannya mula berubah.

Drama bergenre psikologi komedi romantik ini mempunyai 16 episod dan ianya telah ditayangkan pada 23 Julai 2014.

Jadi, itulah 10 pilihan K-Drama healing dari KimchiDaily. Kalau korang ada pilihan drama healing yang lain, jangan lupa tinggalkan komen di bawah.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...