Sebelum ini, peminat NCT bersedih disebabkan penangguhan aktiviti mereka dek kerana dua ahli, Mark dan Ren-jun disahkan positif COVID-19. Harapnya, lagu dari Jae-hyun ini boleh lah gembirakan peminat.. Eh? Jae-hyun nak lancar lagu ke?
Terbaru, Jae-hyun NCT dikhabarkan bakal melancarkan single solo pertamanya iaitu “Forever Only”.
Single ini dilihat sebagai sesuatu yang menarik kerana ianya akan tampil dalam genre R&B dan ditambah pula dengan suara merdu Jae-hyun. Ha tipulah kalau tak best kan?Dalam pada itu, turut dikatakan bahawa ahli NCT lain terlibat dalam penulisan lirik bagi “Forever Only”. Bukan sahaja mengujakan peminat, malah single baru Jae-hyun ini turut berjaya meresahkan peminat dek kerana mereka tertanya-tanya bagaimana penceritaan dalam lirik yang bakal mereka dengar.
Ha… nak tahu tak maksud “Forever Only” tu? Tunggu update seterusnya okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.