Jadi Waris Keluarga Kaya Diserang Goblin Di Jeju, Seo Yeji Ditawar Berlakon Drama OCN ‘Island’

seo yeji island

Khabarnya, Seo Ye-ji bakal kembali ke skrin televisyen peminat K-Drama dengan sebuah drama baru bertajuk “Island” tak lama lagi!

“Island” ialah sebuah drama mengisahkan tentang rahsia yang tersimpan kemas di kepulauan Jeju di mana raksasa merancang untuk menghancurkan umat manusia. Seo Ye-ji ditawarkan watak Won Mi-ho iaitu waris keluarga kaya yang menjadi sasaran goblin tersebut.

Selepas berita ini berterbangan, agensi pelakon itu iaitu Gold Medalist telah mengeluarkan kenyataan rasmi,

Seo Ye-ji telah menerima tawaran untuk membintangi drama ‘Island’ dan dia sedang menelitinya.

seo yeji

‘Drama itu akan ditayangkan di OCN bakal ditayangkan pada separuh pertama 2021 dengan 10 episod sahaja.

Haraplah Seo Ye-ji terima tawaran ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply