Popular sejak ditayangkan, Netflix secara rasmi mengumumkan bahawa “Squid Game” merupakan siri terbesar yang pernah dihasilkan mereka.
Dengan 111 juta tontonan dalam masa 17 hari, ia berjaya mengalahkan rekod yang dipegang oleh siri “Bridgerton” iaitu dengan 82 juta tontonan. Hebat betul!
Squid Game has officially reached 111 million fans — making it our biggest series launch ever! pic.twitter.com/SW3FJ42Qsn
— Netflix (@netflix) October 12, 2021
Dalam pada itu, siri yang diarahkan oleh pengarah terkenal Hwang Dong-hyuk itu turut duduk selesa di tangga teratas Ranking Program TV Popular Di Netflix Global selama 20 hari kini.
Di mana, ia masih No 1 di 72 negara kini seperti Australia, Kanada, Jerman, Ireland, Japan dan banyak lagi.
Dahsyat betul pencapaian “Squid Game”, nampaknya memang mencipta sejarah bukan sahaja di Netflix malah bagi kandungan Korea.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.