Ikuti Kami:

Jadi Profesor Garang Di Fakulti Undang-Undang, Seo Hyunjin Sah Terajui Drama ‘Why Oh Soojae’

Jadi Profesor Garang Di Fakulti Undang-Undang, Seo Hyunjin Sah Terajui Drama ‘Why Oh Soojae’

Diam tak diam, Seo Hyun-jin dikhabarkan bakal berlakon dalam sebuah drama baru di SBS dan bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

Menurut sumber, “Why Oh Soo-jae” ialah sebuah drama berkisar tentang hubungan romantik di antara profesor dan pelajar di sebuah fakulti undang-undang. Seo Hyun-jin dilaporkan bakal membawa watak Oh Soo-jae iaitu seorang profesor di fakulti undang-undang tersebut yang garang dan mempunyai pelbagai muslihat.

Menurut CEO Studio S,

Walaupun Seo Hyun-jin ialah profesor dalam drama ini, dia adalah sangat aneh dan penuh dengan muslihat. Dia akan muncul 180 darjah berbeza daripada watak sebelumnya.

seo hyunjin

Pun begitu, gerangan pelakon yang bakal memegang watak lelaki utama Young-han iaitu pelajar di fakulti undang-undang itu masih dirahsiakan lagi.

Macam best sahaja dengar Seo Hyun-jin bakal bawa watak yang lain daripada sebelum ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...