Ikuti Kami:

Jadi Perhatian Dalam ‘Squid Game’, Jung Hoyeon Raih Hampir Sejuta Pengikut Di IG Dalam 5 Hari

Jadi Perhatian Dalam ‘Squid Game’, Jung Hoyeon Raih Hampir Sejuta Pengikut Di IG Dalam 5 Hari

Siapa sangka percubaan pertama kali dalam bidang lakonan merupakan tuah buat model Jung Ho-yeon! Bukan sahaja bakatnya diakui ramai malah kehidupannya juga mula menjadi perbualan semua.

Dek lakonannya yang baik dalam “Squid Game”, ramai yang tidak menyangka bahawa wanita berusia 27 tahun itu baru pertama kali berlakon di dalam drama. Bahkan dia mampu menghidupkan watak yang sukar iaitu seorang pelarian daripada Korea Utara yang mahu mencari wang buat keluarganya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HoYeon Jung(Chung) (@hoooooyeony)

Ternyata popular, Jung Ho-yeon berjaya menarik perhatian ramai sehingga membuatkan pengikut di laman media sosialnya meningkat hampir sejuta orang. Daripada 400,000 sebelum ini, jumlah pengikutnya bertambah kepada 1.3 juta kini.instagram jung hoyeonDaripada penelitian, jumlah pengikut yang ramai itu datang daripada peminat luar negara berbanding domestik (Korea) sekaligus membuktikan bahawa “Squid Game” mendapat tempat di hati penonton Netflix di serata dunia.

Makin banyaklah tawaran berlakon untuk Jung Ho-yeon lepas ni kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...