Ikuti Kami:

Jadi Pekerja Sosial, Jung Eunji Sah Sertai Ok Taecyeon & Ha Seokjin Dalam ‘Blind’

Jadi Pekerja Sosial, Jung Eunji Sah Sertai Ok Taecyeon & Ha Seokjin Dalam ‘Blind’

Jung Eun-ji APINK akan sertai Ok Taec-yeon 2PM dan Ha Seok-jin dalam drama baharu bersama!

Sebelum ini, Taec-yeon dan Ha Seok-jin masing-masing telah disahkan bakal terajui drama OCN “Blind”, manakala Eun-ji masih dalam perbincangan. Namun pada 8 Mac hari ini, wakil agensi Eun-ji IST Entertainment mengesahkan,

Jung Eun-ji telah dipilih untuk memegang watak Jo Eun-ki dalam drama baharu OCN ‘Blind’.

Sementara itu, “Blind” membawa kisah sekumpulan individu yang menjadi mangsa dan pemangsa biasa yang tidak mahukan kebenaran terbongkar. Drama ini berkisarkan individu yang merupakan detektif, hakim, pelajar undang-undang dan juri.

jung eunji blind

Jung Eun-ji akan memainkan watak sebagai pekerja sosial Jo Eun-ki. Selepas mengatasi pelbagai kesusahan, Jo Eun-ki menjadi pekerja sosial untuk membantu sekurang-kurangnya seorang lagi anak, dan dia seorang yang pemurah serta berfikiran luas walaupun usianya masih muda.

Nantikan “Blind” bakal ditayangkan pada separuh kedua 2022!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...