Ikuti Kami:

Jadi Peguam Penasihat Buat Mafia Itali, Song Joongki Sah Bintangi ‘Vincenzo’ Bersama Jeon Yeobin & Taecyeon

Jadi Peguam Penasihat Buat Mafia Itali, Song Joongki Sah Bintangi ‘Vincenzo’ Bersama Jeon Yeobin & Taecyeon

Setahun menyepikan diri daripada dunia drama selepas “Arthdal Chronicles” tamat bersiaran, Song Joong-ki nampaknya kini sudah bersiap sedia untuk kembali menghiasi keca televisyen penonton menerusi naskhah “Vincenzo”.

Drama yang bakal ditayangkan di bawah saluran tvN ini membawa kisah seorang peguam Itali bernama Vincenzo Cassano yang juga merupakan penasihat kepada sebuah keluarga mafia. Dek konflik yang tercetus dalam organisasinya, dia kembali ke Korea dan berlaga pula dengan seorang peguam tegas iaitu Hong Cha-young. Bersama-sama, mereka mencapai keadilan dengan mengaplikasikan cara yang digunapakai penjahat. Drama ini diyakini akan membuat penonton merasai kepuasan apabila melihat hero gelap yang berlawan dengan penjahat sebenar menggunakan ketegasan undang-undang.

Song Joong-ki bertanggungawab untuk membawa watak Vincenzo Cassano yang berdarah Korea namun diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga Itali ketika masih kanak-kanak. Memiliki kemahiran rundingan dan karisma yang tiada tandingan, lelaki itu hidup untuk membalas dendam. Sampai sahaja di Korea, Vincenzo menemui satu organisasi jahat yang sudah lama bertapak di sana. Bagi menyelesaikan isu tersebut, lelaki tersebut mula terlibat dengan Hong Cha-young iaitu seorang peguam yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi kes.

song joongki vincenzo

Watak Hong Cha-young yang merupakan peguam ‘ace’ di sebuah firma guaman terbaik Woosang pula akan dilakonkan oleh Jeon Yeo-bin. Wanita ini lebih peka terhadap kelemahan dan kebaikan situasi yang dialami oleh seseorang itu berbanding dengan sama ada individu itu baik atau pun jahat. Namun dia mula berubah apabila berkenalan dengan Vincenzo Cassano.

jeon yeobin vincenzo

Taec-yeon juga turut disahkan bakal membawa watak Jang Jun-woo iaitu seorang intern kacak yang bijak di firma guaman Woosang dan mempunyai pengalaman tinggal di luar negara. Dia dikatakan sebagai seorang sentiasa tersenyum bebas dan sedikit gelojoh selain mempunyai personaliti yang unik. Jun-woo meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Hong Cha-young iaitu senior di tempat kerjanya namun kemunculan Vincenzo Cassano memicu semangat persaingannya.

taecyeon vincenzo

Pihak produksi “Vincenzo” menjelaskan bahawa drama ini mengangkat tema komedi gelap mengenai hero gelap yang menghukum kejahatan dengan menggunakan cara yang dipraktikkan oleh penjahat tersebut. Selain sinergi yang unik di antara semua watak adalah penting untuk menekankan tema kreatif dan plot dinamik buat drama ini. Barisan pelakon yang sempurna ini akan menonjolkan personaliti setiap watak semaksima mungkin dan bakal membawanya ke dunia realiti.

Menurut laporan media, kesemua pelakon utama ini termasuk pelakon lain telah pun melalui sesi pembacaan skrip pertama mereka pada 9 Ogos lepas. Kalau tiada aral melintang, “Vincenzo” akan menemui penonton pada separuh pertama 2021 nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...