Utama Drama Korea Jadi Peguam Duda, Yoon Shiyoon Dilamar Terajui Drama Mingguan KBS ‘Hyunjae Is...

Jadi Peguam Duda, Yoon Shiyoon Dilamar Terajui Drama Mingguan KBS ‘Hyunjae Is Beautiful’

yoon shiyoon

Sedang sibuk dengan penggambaran drama web “You Raise Me Up”, Yoon Shi-yoon dikhabarkan bakal membintangi drama mingguan KBS tak lama lagi.

“Hyun Jae Is Beautiful” membawa kisah anak muda yang tidak mahu bercinta ataupun berkahwin. Pada akhirnya, mereka kembali melihat kepentingan keluarga.

Jika Yoon Shi-yoon menerima tawaran ini, dia akan melakonkan watak Lee Hyun-jae iaitu seorang peguam duda. Dia merupakan seorang yang mampu bertahan dalam apa situasi pun selain mempunyai kebolehan hebat untuk berbincang dan mediasi. Namun apabila dia berjumpa Hyun Mi-rae yang mahu menfailkan pembatalan sesuatu, hidupnya mula berubah.yoon shiyoonMenurut agensi lelaki itu, Yoon Shi-yoon sedang meneliti tawaran drama tersebut dengan positif.

Haraplah Yoon Shi-yoon terima kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...