Hanya khabar angin sebelum ini, Yoo In-na disahkan bakal membintangi drama baru JTBC iaitu “Snowdrop” bersama Jung Hae-in dan Jisoo (BLACKPINK).
Drama ini akan berlatar belakangkan Seoul pada tahun 1987 dan membawa kisah Im Soo-ho (Jung Hae-in), seorang pelajar di universiti berprestij yang tiba-tiba berlari masuk ke asrama wanita pada satu hari dalam keadaan berlumuran darah. Eun Young-cho (Ji-soo), seorang pelajar yang ceria dan baik hati kemudiannya telah menyembunyikan lelaki itu dan merawat lukanya walaupun dalam keadaan bahaya.
Yoo In-na akan memegang watak Kang Chung-ya, seorang pakar bedah rupawan yang mampu membuatkan orang jatuh cinta dengannya dalam sekelip mata sahaja di sebuah hospital kerajaan. Meskipun kemahirannya dalam bilik pembedahan mempunyai reputasi yang tinggi namun dia sepertinya ada menyembunyikan sesuatu.
Yoo In-na sebagai pakar bedah? Yes!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.