Ikuti Kami:

Jadi Mangsa Keadaan, Seohyun Girls’ Generation Hadkan Komen IG Dek Isu Seo Yeji ‘Kawal’ Kim Junghyun

Jadi Mangsa Keadaan, Seohyun Girls’ Generation Hadkan Komen IG Dek Isu Seo Yeji ‘Kawal’ Kim Junghyun

Kontroversi mengenai Seo Ye-ji yang dikatakan mengawal Kim Jung-hyun semasa mereka bercinta pada tahun 2018 kini semakin hangat diperkatakan ramai.

Meskipun sudah mengeluarkan kenyataan rasmi, namun sepertinya netizen terus mengkritik sikap tidak profesional kedua pelakon itu. Hal ini kerana tindakan Kim Jung-hyun yang mengelak daripada sebarang sentuhan fizikal atas arahan teman wanitanya membuatkan staf dan rakan pelakon lain untuk drama “Time” mengalami kesukaran ketika penggambaran.

Malah pelakon lelaki itu akhirnya meninggalkan drama tersebut pada episod ke-12 selepas dikhabarkan dia mengalami masalah gangguan tidur dan kerisauan melampau selepas menjiwai watak utama tersebut.

seohyun dan kim junghyun

Bagaimanapun, kenyataan itu kini diragui semua selepas kisah perbualan mesej Seo Ye-ji yang meminta Kim Jung-hyun membuang babak intim dan tidak menegur staf wanita mungkin ialah punca sebenar kepada tindakan tidak rasionalnya ketika sesi promosi “Time” berlangsung di mana dia mengelak daripada disentuh pasangan pelakonnya, Seo-hyun (Girls’ Generation). Malah didedahkan bahawa kesemua babak mesra di antara kedua mereka langsung tidak dikesan di dalam tayangan sebenar meskipun ianya tertera dengan jelas di dalam skrip.

Selepas kisah ini kembali menjadi bualan ramai, netizen mendapati bahawa Seo-hyun sering meluahkan masa yang sukar dilaluinya semasa penggambaran drama itu pada 2018. Bahkan Seo-hyun pernah berkongsi bahawa dia kerap menangis di set penggambaran “Time”. Walaupun tidak menceritakannya secara lanjut namun ramai yang menebak idola itu menggambarkan layanan Kim Jung-hyun terhadapnya.

seohyun dan kim junghyun

Dalam pada itu, Seo-hyun tidak memberikan sebarang komen mengenai isu berbangkit ini walaupun namanya kian disebut di dalam media berkaitan dengan sikap Kim Jung-hyun yang tidak acuh semasa berlakon bersama dalam “Time”.

Pun begitu, Seo-hyun dilihat mengehadkan jumlah komen dalam entri terbaru di laman Instagramnya. Berkemungkinan besar bagi mengelakkan pelbagai komen berkaitan dengan kontroversi ini.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan kepada Seo-hyun kerana menjadi mangsa keadaan dek sikap tidak profesional Seo Ye-ji dan Kim Jung-hyun pada ketika itu.

Kesian dengan Seo-hyun kan…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...