Utama Drama Korea Jadi Malaikat Maut, Lee Soohyuk Terima Tawaran Berlakon Drama Fantasi ‘Tomorrow’

Jadi Malaikat Maut, Lee Soohyuk Terima Tawaran Berlakon Drama Fantasi ‘Tomorrow’

tomorrow lee soohyuk

Rindu tak nak tengok Lee Soo-hyuk kembali berlakon dalam drama?

Terbaru, dilaporkan lelaki itu telah menerima tawaran untuk membintangi drama MBC bertajuk “Tomorrow”. Malah agensinya turut mengesahkan bahawa Lee Soo-hyuk ada menerima tawaran dan sedang menelitinya kini.

Adaptasi webtoon, “Tomorrow” membawa kisah Choi Joon-woong, seorang penganggur yang terlibat dengan satu kemalangan malang dan bertemu dengan malaikat maut yang pelik. Dia kemudiannya menyertai pasukan kehidupan selepas mati di mana mereka membantu sesiap yang mempunyai niat untuk membunuh diri.

lee soohyuk

Kim Hee-sun sudah pun disahkan bakal membawa watak Goo-ryun, salah seorang daripada malaikat maut dalam agensi berkenaan manakala Rowoon SF9 masih belum lagi memberikan kata putus.

Jika Lee Soo-hyuk menerimanya, dia akan membawa watak Choi Joon-gil, malaikat maut yang bertugas sebagai ketua pasukan Pengurusan Permulaan di Ibu Pejabat Pengurusan Roh. DIa dikenali sebagai seseorang yang dingin dan mempunyai wajah yang tiada ekspresi.

“Tomorrow” dikhabarkan akan ditayangkan pada separuh pertama 2022.

Sesuai kan watak ini dengan Lee Soo-hyuk?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNews1
Loading...