Ikuti Kami:

Jadi Kontak Rapat, Yoo Jaesuk Positif COVID-19

Jadi Kontak Rapat, Yoo Jaesuk Positif COVID-19

Semakin ramai selebriti Korea yang dijangkiti COVID-19.

Terbaru, pengacara popular iaitu Yoo Jae-suk disahkan positif wabak berkenaan. Lapor agensinya,

Yoo Jae-suk telah menjalani ujian COVID-19 pada pagi ini (13 Disember) dan disahkan positif.

Dia sudah melengkapi dua dos vaksin pada lewat September lalu. Pada 11 Disember, dia mendapat tahu bahawa dia menjadi kontak rapat kepada satu kes positif COVID-19 dan terus mengambil ujian PCR. Dia menerima keputusan negatif dan diklasifikasikan sebagai seeorang yang perlu diperhatikan secara sendiri. Menurut aturan pihak kawalan penyakit berjangkit, dia mengambil ujian PCR kedua pada pagi ini dan disahkan positif.

Yoo Jae-suk sudah pun membatalkan kesemua jadualnya dan sedang mengambil langkah sepatutnya mengikut peraturan pihak bertanggungjawab.

Kami akan mendedikasikan seluruh tenaga untuk kesihatan dan keselamatan kesemua artis dan staf mengikut peraturan yang ditetapkan.

Terima kasih.

Semoga cepat sembuh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...