Ikuti Kami:

Jadi Heroin Drama ‘The Game: Towards Zero’, Netizen Berterusan Kritik Lakonan Tiada Perasaan Lee Yeonhee

Jadi Heroin Drama ‘The Game: Towards Zero’, Netizen Berterusan Kritik Lakonan Tiada Perasaan Lee Yeonhee

Makin banyak drama Korea yang best ditayangkan di kaca televisyen sekarang ini! Tak kisahlah siaran televisyen nasional seperti KBS, MBC, SBS ataupun saluran kabel iaitu OCN, tvN, jtbc, rata-rata naskhah yang dikeluarkan mereka boleh tahan hebat! Sampaikan penonton serabut nak tonton drama mana yang dulu!

Terbaru, bagi menggantikan drama “Love With Flaws” yang sudah tamat, MBC telah menayangkan drama bertajuk “The Game: Towards Zero” iaitu sebuah naskhah thriller dan seram. Ramai yang teruja menantikan drama ini kerana ini ialah drama pertama yang dilakonkan oleh Ok Taecyeon selepas ahli kumpulan 2PM itu tamat latihan khidmat ketenterannya.

Sinopsis “The Game: Towards Zero”

Drama misteri ini mengisahkan tentang tukang ramal yang dapat melihat kejadian sebelum seseorang itu mati. Watak peramal ini iaitu Taepyeong dimainkan oleh Ok Taecyeon merupakan seorang yang kaya, kacak dan bijak. Walaupun mempunyai kemahiran yang menyeramkan, dia ialah yang sangat ramah dan ceria. Lee Yeonhee yang melakonkan watak Joonyoung iaitu seorang detektif kes pembunuhan tanpa sengaja telah terlibat sama dalam pelbagai misteri kematian yang sedang disiasat oleh lelaki itu dan dalam masa yang sama turut membongkar rahsia paling dalam dalam kes tersebut.

the game: towards zero

Rating rendah pada episod awalnya

Semasa tayangan episod pertama naskhah misteri ini, rating yang berjaya dicatatkan hanyalah mencapai takuk 3.8%. Jauh ketinggalan daripada drama pesaingnya dalam slot yang sama iaitu “Woman Of 9.9 Billion Won” yang meraih 8.7%. Untuk episod keduanya, drama ini hanya mampu mencatat rekod yang lebih kurang sama dengan episod sebelumnya iaitu 3.7%.

Meskipun plot ceritanya agak menarik perhatian, tetapi apakah sebab yang membuatkan “The Game: Towards Zero” seperti tidak dapat menangkap penonton yang ramai? Antara sebab yang disebut dalam ruangan komen sedutan video pendek drama ini ialah kerana lakonan heroinnya iaitu Lee Yeonhee yang agak kayu. Dah menceburkan diri dalam dunia lakonan sejak 2001, tetapi nampaknya tahap lakonan wanita ini tiada penambahbaikan langsung.

lee yeonhee dalam the game: towards zero

Netizen penat dengan lakonan Lee Yeonhee

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal mereka apabila melihat lakonan Lee Yeonhee yang masih sama seperti dahulu. Walhal wanita itu sudah berlakon untuk sekian lamanya, takkan sampai sekrang masih tiada kemajuan?

Lakonan Lee Yeonhee betul-betul… Saya rasa dia sepatutnya berhenti…

 

Aku berasa menyampah mendengar dialog Lee Yeonhee… Bukankah ini agak keterlaluan?

 

Dialog Lee Yeonhee, ‘Jangan bergerak, ini polis!’ sangatlah mengerikan.

 

Nada suara Lee Yeonhee agak kekok. Dia berlakon lagi teruk daripada idola.

 

Saya sedar pada saat dia menjerit ‘Ini polis!’. Sudah berapa tahun dia berlakon, tak pasti kenapa dia masih pandai berlkaon? Setiap kali berlakon mesti ada kontroversi megenai lakonan buruknya. Saya tak faham macam mana dia sentiasa dapat berlakon watak utama.

 

Lee Yeonhee perlu baiki pembukaan mulutnya ketika bercakap.

 

Lakonan Lee Yeonhee masih seperti selalu.

Mungkin lakonan Lee Yeonhee yang sedikit kekok membuatkan beberapa babak cemas nampak seperti tidak serius. Langsung menyebabkan penonton hilang selera nak teruskan menonton. Mungkin dia akan tonjolkan lakonan yang lebih elok pada episod seterusnya. Sama-sama kita saksikan!

Sumber: YTN, wowkeren

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...