Ikuti Kami:

Jadi ‘Hero Kedua’, Chae Jonghyeop Kongsi 50% Sama Dengan Watak Dalam ‘Nevertheless’

Jadi ‘Hero Kedua’, Chae Jonghyeop Kongsi 50% Sama Dengan Watak Dalam ‘Nevertheless’

Popular sebagai ‘potato boy’ di dalam “Nevertheless”, populariti Chae Jong-hyeop ternyata semakin meningkat dalam dunia K-Drama kini.

Hanya mampu menjadi ‘hero kedua yang terluka’, lelaki itu bagaimanapun mendapat sokongan ramai daripada penonton. Tak kurang juga yang menenangkan watak Yang Do-hyeok supaya melupakan Yoo Na-bi dan mencari wanita yang lebih baik.

Kelihatan sepadan dengan imej watak tersebut, Chae Jong-hyeop mendedahkan bahawa dia agak seirasa dengan Yang Do-hyeok,

Seperti Do-hyuk, saya banyak berfikir. Walaupun saya mempunyai kualiti yang baik dan menyejukkan hati, tapi bukannya sepanjang masa. Saya tak selalu tersenyum gembira seperti Do-hyuk, dan saya juga tak pandai memasak. Jadi, kami mempunyai persamaan sebanyak 50% bagi aspek itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 채종협 (@chaejh_)

Sekadar pengetahuan, “Nevertheless” membawa kisah seorang wanita bernama Yoo Na-bi (Han So-hee), yang mahu bercinta tapi tidak percayakan cinta dan seorang lelaki bernama Park Jae-eon (Song Kang) yang merasakan hubungan cinta adalah menyusahkan namun ia tidak menghalangnya untuk memikat ramai wanita.

Tapi yang pasti ramai yang dah mula jatuh hati dengan Chae Jong-hyeop lepas menonton “Nevertheless” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...