Ikuti Kami:

Jadi Duta, Jennie Blackpink Bawa Keuntungan RM8.8 Juta Untuk Snek Terbaru ‘Air Baked’ Dalam Masa Sebulan

Jadi Duta, Jennie Blackpink Bawa Keuntungan RM8.8 Juta Untuk Snek Terbaru ‘Air Baked’ Dalam Masa Sebulan

Siapa sahaj yang tak tahu mengenai kehebatan Jennie daripada kumpulan BLACKPINK? Disebabkan oleh populariti gadis berbakat ini, syarikat Lotte Confectionery telah mengambilnya sebagai duta snek terbaru mereka iaitu “Air Baked”.

Pilihan ini ternyata tepat kerana baru sahaja sebulan dilancarkan, jenama ini sudah membuat keuntungan sebanyak 2.5 billion won (RM8.8 juta)! Bahkan kalau produk baru di dalam industri makanan berjaya mencapai jualan sebanyak 1 billion won (RM3.5 juta) dalam masa sebulan bermakna ia adalah satu pelaburan yang berjaya.

air baked jennie

Kalau anda nak tahu, “Air baked” ini adalah istimewa kerana ia bukannya digoreng malahan dibakar di dalam oven khas bagi menyediakan opsyen snek yang lebih berkhasiat berbanding snek lain di pasaran. Bestnya sebab ia mengandungi 60% kurang lemak daripada snek bergoreng yang lain.

Selepas setahun bersengkang mata bagi menjayakan produk baru ini, Lotte Confectionery nampaknya dah buat pilihan bijak dengan memilih Jennie sebagai wajah “Air Baked” tersebut dengan melihatkan kejayaaan yang melimpah ini.

Bukan itu sahaja, iklan “Air Baked” yang dibintangi oleh Jennie juga telah ditonton sebanyak 2.69 juta kali di YouTube setakat hari ini. Hebat betul kuasa Jennie!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...