Ikuti Kami:

Jadi Chaebol Generasi Ketiga, Ahn Hyoseop Sah Terajui Drama ‘Office Blind Date’

Jadi Chaebol Generasi Ketiga, Ahn Hyoseop Sah Terajui Drama ‘Office Blind Date’

Ahn Hyo-seop bakal temui anda dengan drama baru tak lama lagi!

Terbaru, pelakon lelaki itu disahkan bakal menerajui drama SBS bertajuk “Office Blind Date”.

Drama komedi romantik ini membawa kisah kakitangan pejabat yang menghadiri temu janji rahsia dengan CEO syarikatnya. Ianya bermula apabila wanita itu menggantikan rakannya secara tiba-tiba dan terpaksa merahsiakan identiti sebenarnya. Pada awalnya diterbitkan sebagai novel web pada 2017 sebelum dihasilkan kepada webtoon pada 2018.

ahn hyoseop

Ahn Hyo-seop akan membawa watak chaebol generai ketiga, Kang Tae-mu yang memiliki rupa menawan, otak yang cerdik dan kemahiran mengagumkan sebagai ahli perniagaan. Dia merupakan seorang yang gilakan kerja lebih daripada dirinya sendiri dan bencikan penipuan lebih daripada segalanya. Walaupun merupakan seorang yang kelihatan sempurna, namun dia terbeban dengan cinta dek trauma lama.

Untuk watak heroin pula, pada asalnya Jo Bo-ah dilapor menerima tawaran untuk drama ini namun kemudiannya nama Kim Se-jeong turut disebut sebagai antara calon baru bagi watak berkenaan.

Dah ready belum nak jumpa Ahn Hyo-seop?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...