Ikuti Kami:

Jadi Bualan Ramai, ‘Squid Game’ No 3 Dalam Ranking Program TV Popular Di Netflix Global

Jadi Bualan Ramai, ‘Squid Game’ No 3 Dalam Ranking Program TV Popular Di Netflix Global

Walaupun dilanda sedikit kontroversi namun “Squid Game” berjaya meraih perhatian peminat K-Drama di seluruh dunia.

Bukan sahaja popular di Korea malah ia berjaya menduduki No 1 di ranking Netflix beberapa negara seperti Hong Kong, Indonesia, Jepun, Kuwait, Filipina, Arab Saudi, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Vietnam dan semestinya Malaysia. Malah ia duduk selesa di tangga ketiga dalam ranking Netflix Global.netflix global squid gameDalam pada itu, “Hometown Cha Cha Cha” turut tersenarai di tangga ke-8 di dalam ranking tersebut.

Untuk pengetahuan, ia adalah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta) yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Heo Sung-tae, Wi Ha-joon dan Jung Ho-yeon.

Anda dah habis layan belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...