Ikuti Kami:

Jadi Antagonis, Song Seungheon Dilamar Sertai Kim Woobin & Esom Dalam ‘Delivery Knight’

Jadi Antagonis, Song Seungheon Dilamar Sertai Kim Woobin & Esom Dalam ‘Delivery Knight’

Song Seung-heon mungkin kembali dengan drama baru tak lama lagi!

Menurut agensinya, lelaki itu ada menerima tawaran lakonan daripada “Delivery Knight” dan sedang menelitinya kini.

Adaptasi webtoon dan bakal ditayangkan di Netflix, drama ini berlatar belakangkan masa hadapan distopia di mana pencemaran yang berada di tahap teruk membuatkan semua terpaksa meneruskan hidup dengan semua barangan perlu dihantar.

song seungheon

Song Seung-heon dilamar untuk membawa watak penjahat Ryu Seok, satu-satunya anak pengerusi Kumpulan Chun Myung, Ryu Hae-jin yang cemburukan kejayaan ayahnya lantas bercambah menjadi kekejaman. Ryu Seok yang mati-mati ingin membuktikan dirinya, kemudian bertemu muka dengan 5-8.

Dalam pada itu, Kim Woo-bin dikatakan akan menghidupkan watak seorang penghantar hebat 5-8. Manakala Esom pula ditawarkan watak Seol-ah di mana dia merupakan seorang tentera yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Pertahanan pada masa hadapan.

Syok tak gandingan ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...