Ikuti Kami:

Jadi Antagonis, Shin Sungrok Sertai So Jisub Dalam Drama ‘Dr. Lawyer’

Jadi Antagonis, Shin Sungrok Sertai So Jisub Dalam Drama ‘Dr. Lawyer’

Apa pendapat anda sekiranya dua pelakon hebat iaitu Shin Sung-rok dan So Ji-sub bergandingan dalam drama yang sama? Mesti gempak kan?

Terbaru, laporan media melaporkan bahawa Shin Sung-rok bakal menyertai So Ji-sub daam drama “Dr. Lawyer” di MBC. Malah agensinya turut mengesahkan berita tersebut.

Drama menyentuh hati dan katartik ini membawa kisah seorang pakar bedah genius yang menjadi peguam penyelewengan perubatan selepas kehilangan semuanya dek pembedahan yang dipalsukan dan seorang pendakwaraya Jabatan Jenayah Perubatan yang kehilangan keluarga dan orang tersayang dalam pembedahan itu. Bersama-sama, mereka menghukum sesiapa yang mempercayai bahawa nyawa seseorang dinilai menerusi harta dan kuasa mereka selain memujuk keluarga mangsa yang tidak bernasib baik.

so jisub

So Ji-sub akan membawa watak Han Yi-han, seorang peguam penyelewengan kesihatan yang pernah menjadi doktor genius dengan perakuan sijil berganda dalam pembedahan am dan pembedahan toraks.

Shin Sung-rok pula bakal menghidupkan watak Jayden Lee, ketua cawangan Asia untuk Honor Hands, syarikat untuk melobi dan pelaburan. Dia mempunyai kuasa untuk mengawal semuanya menggunakan perkataan dan perbuatan dan dia sanguup melakukan apa sahaja untuk mencapai kejayaan. Lelaki itu juga merupakan watak yang tidak boleh dibaca dan dijangka akan menjadi kunci penting untuk drama ini.

Yes! Shin Sung-rok kembali menjadi antagonis.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...