Ikuti Kami:

Jadi Ahli Silap Mata, Park Haejin Terajui Drama Penyiasatan & Komedi Romantik ‘From Now On, Showtime!’

Jadi Ahli Silap Mata, Park Haejin Terajui Drama Penyiasatan & Komedi Romantik ‘From Now On, Showtime!’

Selepas beberapa bulan drama “Kkondae Intern” tamat, akhirnya Park Hae-jin bakal kembali dengan sebuah drama baru tak lama lagi.

“From Now On, Showtime!” ialah drama penyiasatan komikal romantik di mana wataknya bekerjasama dengan hantu. Bukan sahaja kisah romantik di antara Cha Cha-woong (Park Hae-jin) iaitu seorang ahli silap mata, pekerja yang menguruskan hantu serta seorang pegawai polis wanita yang ghairah dan mempunyai kuasa ghaib, mereka semua turut akan menyelesaikan misteri dengan hasil bantuan hantu.

Park Hae-jin akan melakonkan watak Cha Cha-woong, seorang ahli silap mata berkarisma di mana dia dikenali kerana mulutnya yang lebih tajam dan dingin daripada penampilannya. Dengan bakat magis yang hebat, dia muncul di stesen penyiaran dan juga merupakan bintang yang semakin menaik dalam dunia ahli silap mata.

park haejin

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut mempunyai kebolehan untuk melihat dan berkomunikasi dengan hantu. Dengan kelebihannya itu, dia memanipulasi dan menggunakan hantu sesuka hatinya.

Belum lagi memilih heroin yang bakal menerajui drama ini di samping Park Hae-jin, pihak produksi “From Now On, Showtime!” sedang mencari pelakon selain berbincang dengan stesen penyiaran untuk tayangannya. Khabarnya drama ini akan menemui penonton pada penghujung Ogos nanti.

Ada yang dah rindu Park Hae-jin ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...