Ikuti Kami:

J-Hope BTS Jadi Artis Korea Solo Pertama Raih 8 Juta Pengikut Di Spotify

J-Hope BTS Jadi Artis Korea Solo Pertama Raih 8 Juta Pengikut Di Spotify

J-Hope BTS telah mencipta rekod baharu dengan jumlah pengikutnya di Spotify!

Sehingga 3 Disember, J-Hope merekodkan lebih 8 juta pengikut pada platform penstriman muzik iaitu Spotify, menjadi artis solo Korea pertama yang berbuat demikian. Sebelum ini pada 21 Ogos, J-Hope melepasi 7 juta pengikut, bermakna dia memperoleh 1 juta pengikut yang mengagumkan dalam masa 105 hari sahaja.

J-Hope juga menduduki tempat No. 5 dalam ranking artis Korea dengan pengikut Spotify terbanyak, mengikuti kumpulan K-pop BTS, BLACKPINK, TWICE dan EXO. Selain lagu solonya termasuk dalam album BTS, J-Hope juga mempunyai lapan lagu solo lain yang didaftarkan atas namanya di Spotify.

Antaranya ialah lagu-lagu dalam pita campuran solonya “Hope World”, serta “Chicken Noodle Soup”, lagu kolaborasinya bersama Becky G.

bts jhope 8 million followers spotify

Tahniah J-Hope!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...