Ikuti Kami:

J-Hope BTS Didakwa Terima Layanan Istimewa Ketika Masuki Markas Tentera, Agensi Beri Respon

J-Hope BTS Didakwa Terima Layanan Istimewa Ketika Masuki Markas Tentera, Agensi Beri Respon

Setiap idola pastinya tak dapat lari daripada pendangan umum, memandangkan mereka merupakan contoh yang menjadi acuan kepada masyarakat dek pengaruh besar mereka.

Disebabkan itu, setiap kelakuan dan tingkah laku mereka sentiasa diperhatikan termasuklah isu yang timbul semasa kemasukan J-Hope ke dalam tentera pada hari pertamanya. Khabarnya, ashli BTS itu diberikan layanan istimewa semasa menyertai Pusat Latihan Rekrut Bahagian Infantri ke-36.

Menurut laporan media, kesemua rekrut yang mendaftar masuk pada hari berkenaan hanya dibenarkan masuk dengan satu kereta sahaja seorang, seperti yang tertera di papan tanda LED di pintu masuk. Bukan itu sahaja, kereta anggota baru hanya boleh memasuki kawasan berpagar selepas mereka memaparkan notis kemasukan pada pengawal.

j-hope bts

Walau bagaimanapun, laporan media mendakwa 6 van milik HYBE dilihat memasuki perkarangan kawasan berpagar itu dengan lima daripada mereka memasuki pintu masuk itu sekali dan satu lagi masuk secara berasingan. Hal ini sekaligus menimbulkan dakwaan bahawa J-Hope menerima pengecualian istimewa tanpa mengikut peraturan asal ditetapkan.

Respon HYBE mengenai dakwaan ini,

Kami sedang mengesahkan kebenaran laporan berkenaan dan kami akan mengeluarkan kenyataan selepas menyemaknya.

Sama-sama kita nantikan kemas kini mengenai berita ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...