Ikuti Kami:

IU & Suga BTS Dilapor Bakal Berkolaborasi Buat Kali Kedua, Betul Ke? Ini Respon Agensi

IU & Suga BTS Dilapor Bakal Berkolaborasi Buat Kali Kedua, Betul Ke? Ini Respon Agensi

Peminat pasti tahu bahawa IU dan Suga BTS pernah bekerjasama sebelum ini untuk lagu “Eight”, yang telah mendapat perhatian ramai.

Terbaru pada 10 Mac, media melaporkan bahawa IU dan Suga akan berkolaborasi buat kali kedua dengan lagu baru.

Tidak lama kemudian, Big Hit Music tampil memberi respon mengenai laporan berkenaan,

Ia sukar untuk mengesahkan khabar angin mengenai kerjasama kedua antara Suga dan IU.

Untuk pengetahuan, sama-sama dilahirkan pada 1993, IU dan Suga pernah bekerjasama menghasilkan lagu “Eight” pada 2020 yang lalu.

bts suga

Dalam pada itu, Suga akan mengadakan konsert jelajah dunia solo pertamanya ‘AgustD Tour’ bermula di Amerika Utara pada April ini, dan akan turut melawat negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan banyak lagi.

Wah, harap-harap betul la IU dan Suga akan kolaborasi sekali lagi!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...