Utama Filem Korea IU Rangkul Anugerah Pelakon Baru Terbaik Di ‘KAFC Awards’ Untuk Filem ‘Broker’

IU Rangkul Anugerah Pelakon Baru Terbaik Di ‘KAFC Awards’ Untuk Filem ‘Broker’

iu broker

Selain penyanyi, IU juga memang tidak dinafikan adalah seorang pelakon yang berbakat!

Bagi yang belum tahu, IU telah menghidupkan watak sebagai So-young dalam filem “Broker”, yang membawa kisah tentang Sang-hyun (Song Kang-ho) yang mencari ibu bapa baru untuk bayi yang ditinggalkan di dalam kotak bayi, dan membuat tawaran istimewa dengan mereka.

Tahniah! Berkat lakonannya yang meninggalkan impak, IU telah berjaya memenangi anugerah Pelakon Baru Terbaik di majlis berprestij ’42nd Korean Association of Film Critics Awards (KAFC)’, menerusi persembahannya dalam filem tersebut.

filem broker

Untuk pengetahuan, majlis untuk acara anugerah tersebut bakal diadakan pada 23 November nanti jam 4 petang di Dewan KBIZ Yeongdeungpo-gu, Seoul.

Tahniah IU!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERAsian Economy
Loading...