Ikuti Kami:

“Itu Tak Akan Terjadi!” – Rain Buka Saluran YouTube, Peminat Minta Isteri Kim Taehee Muncul Bersama

“Itu Tak Akan Terjadi!” – Rain Buka Saluran YouTube, Peminat Minta Isteri Kim Taehee Muncul Bersama

Meskipun sudah popular daripada awal kemunculannya dahulu pada tahun 2001, namun nama Rain kini semakin meniti di bibir rakyat Korea.

Ini semua disebabkan oleh lagunya “Ggang” yang diriliskan beberapa tahun lepas kini kembali diputarkan do corong-sorong radio selain menjadi siulan ramai di serata media sosial. Tak cukup dengan itu, lelaki itu telah menyertai kumpulan projek ‘SSAK3’ bersama Lee Hyo-ri dan Yoo Jae-suk menerusi rancangan “How Do You Play?”.

isteri rain dan yoo jaesuk puji ssak3

Terbaru, Rain telah mengusik peminat dengan pelancaran saluran YouTube di bawah kelolannya sendiri dengan nama ‘Season B Season’. Bahkan dia mendedahkan sanggup untuk membuka seluar sekiranya perlu untuk kandungan video nanti, aduhai! Melihatkan perangan ‘gila-gila’ penyanyi itu, ramai yang dah tak sabar nak melihat gelagatnya.

kim taehee tak boleh muncul dalam saluran youtube rain

Penyanyi dan juga pelakon itu turut meriliskan beberapa klip pendek sebelum memuat naik video penuh rasmi nanti. Terbaru, lelaki tersebut telah menanyakan peminatnya di kaki lima apakah kadungan yang mereka mahukan dalam videonya nanti.

Macam-macam jawapan yang keluar, tunjukkan sisinya yang seksi lah, mukbang lah dan macam-macam lagi. Tapi satu jawapan ini yang membuatkan Rain terkesima.

Muncul bersama Kim Tae-hee!

kim taehee tak boleh muncul dalam saluran youtube rain

Terus sahaja penyanyi itu membuka pelitup mukanya dengan muka yang terkejut,

Itu merupakan sesuatu yang tak akan terjadi!

kim taehee tak boleh muncul dalam saluran youtube rain

Hancur berkecai harapan peminat Kim Tae-hee dan Rain apabila mendengarkan jawapan penyanyi itu. Nampak gayanya semua terpaksa berpuas hati dengan membelek gambar iklan mereka sahaja sekiranya ingin menatap keserasian pasangan ideal itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...