Ikuti Kami:

“Itu Fitnah Bukan Pendapat..” – Ramai Setuju Dengan Kenyataan Yoo Jaesuk Soal Komen Jahat

“Itu Fitnah Bukan Pendapat..” – Ramai Setuju Dengan Kenyataan Yoo Jaesuk Soal Komen Jahat

Seorang selebriti yang dikenali ramai pastinya tidak akan lari dari menerima kecaman atau komen yang kurang ‘senang’ dari sesetengah orang.

Baru-baru ini, Yoo Jae-suk telah tampil sebagai tetamu dalam podcast Song Eun-yi dan Kim Sook, di mana dia menyatakan pendapatnya tentang komen berniat jahat yang sering ditulis oleh sesetengah netizen.

Pengacara itu berkata pada awalnya,

Pada suatu ketika dahulu, terdapat kata-kata yang mengatakan bahawa komen jahat adalah satu bentuk untuk menunjukkan minat. Tetapi pada saya, tidak mempunyai komen adalah lebih baik daripada mempunyai komen berniat jahat. Awak tak perlukan perhatian yang seperti itu.

yoo jaesuk

Kongsi ahli “Running Man” itu lagi,

Komen jahat sebenarnya adalah kata-kata fitnah, tetapi ada orang yang terus mengatakan itu adalah pendapat. Tetapi itu bukan pendapat. Ia hanya fitnah. Kita tidak boleh terus bertolak ansur dengan perkara ini. Ini adalah budaya yang harus lenyap.

Mendengar perkongsian Yoo Jae-suk itu, ramai netizen Korea telah bersutuju dengan kenyataan tersebut dan menulis,

Dia berkata perkara yang betul.

 

Ada sebab Yoo Jae-suk adalah salah seorang selebriti yang teratas.

 

Selebriti yang menerima komen jahat ini perlu memfailkan tuntutan mahkamah.

Fikir-fikir lah dulu sebelum nak tulis sesuatu kat internet tu..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...