Ikuti Kami:

‘Itaewon Class’ Raih Rating Tinggi Pada Awal Tayangan, Penonton Puji Lakonan Park Seojoon!

‘Itaewon Class’ Raih Rating Tinggi Pada Awal Tayangan, Penonton Puji Lakonan Park Seojoon!

Lama rasanya tak nampak pelakon kacak Park Seojoon dalam kaca televisyen kan? Kali terakhir adalah menerusi drama popular “What’s Wrong With Secretary Kim?” pada tahun 2018. Namun kepada yang dah rindu sangat, jangan risau kerana lelaki itu kini kembali dengan naskhah baru bertajuk “Itaewon Class” menerusi saluran kabel JTBC!

itaewon class

Sinopsis “Itaewon Class”

Semasa hari pertama tampil di sekolah menengah barunya, Park Saeroy (Park Seojoon) telah menumbuk rakan sekelasnya, Jang Geunwon kerana membuli seorang rakan yang lain. Pembuli itu adalah anak orang kaya iaitu CEO Jang Daehee (Choi Daemyung) yang memiliki bisnes restoran Jagga dan juga merupakan tempat kerja ayah Saeroy. CEO tersebut meminta lelaki itu meminta maaf kepada anaknya tetapi Saeroy berdegil sehingga dia dibuang sekolah dan bapanya turut dibuang kerja.

park seojoon itaewon class

Tak lama selepas itu, ayahnya telah mati dalam satu kemalangan ngeri atas kecuaian Jang Geunwon. Insiden itu membuatkan Saeroy dibelenggu dengan kemarahan lantas dia telah memukul lelaki itu sehingga lunyai. Atas kesalahan keganasan, Saeroy ditangkap dan dicampakkan ke dalam penjara. Semasa dalam tahanan, lelaki itu nekad untuk memusnahkan legasi restoran Jangga dan membalas dendam kepada CEO Jang Daehee dan anaknya.

choi daemyung itaewon class

Selepas tamat masa tahanannya, dia telah membuka satu restoran kecil di Itaewon dengan bantuan rakan-rakannya. Jo Yiseo (Kim Dami) yang popular di media sosial juga turut serta dan menjadi pengurus kepada kedai baru itu. Dalam masa yang sama, wanita genit itu  menaruh perasaan dalam diam kepada Saeroy.

kim dami itaewon class

Reaksi baik daripada penonton

Menurut Nielsen Korea, episod pertama drama itu berjaya meraih rating sebanyak 5.0% di mana ia adalah catatan yang lebih tinggi daripada episod terakhir drama “Chocolate” yang ditayangkan sebelumnya. Bukan itu sahaja, rekod rating itu kian menaik apabila episod kedua “Itaewon Class” mengaut rating sebanyak 5.3% sekaligus mengalahkan rekod episod pertamanya!

park seojoon itaewon class

Daripada rating yang tinggi ini, dapat disimpulkan bahawa rata-rata penonton berpuas hati dengan plot cerita drama ini. Mereka juga memuji lakonan yang ditonjolkan oleh barisan pelakon utamanya iaitu Park Seojoon, Kim Dami dan Kwon Nara.

Siapa yang rindu nak tengok Park Seojoon, anda mesti tonton “Itaewon Class” yang ditayangkan menerusi saluran JTBC dan Netflix pada hari Jumaat dan Sabtu!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...