Utama Drama Korea ‘Itaewon Class’ Hanya Satu Tangga Di Belakang ‘SKY Castle’ Sebagai Rating Tertinggi...

‘Itaewon Class’ Hanya Satu Tangga Di Belakang ‘SKY Castle’ Sebagai Rating Tertinggi Di Saluran JTBC!

rating itaewon class dibelakang sky castle

Tuah Park Seojoon memang lain macam betul! Apa sahaja drama yang diterajuinya pasti akan mendapat perhatian ramai. Bermula daripada “Kill Me Heal Me” sehinggalah ke “Itaewon Class” kini, semuanya mendapat reaksi positif daripada penonton dan juga pengkritik drama.

Drama “Itaewon Class” berdasarkan komik atas talian dengan nama yang sama dan mengisahkan tentang sekumpulan orang muda yang degil, bersemangat dan penuh dengan keberanian darah muda. Menelusuri lorong sempit di Itaewon, mereka memulakan tentangan ke atas stigma masyarakat yang tak masuk akal. Dalam masa yang sama, mereka turut mengejar impian dan kebebasan untuk hidup mengikut perspektif tersendiri yang unik.

itaewon class

Meskipun baru sahaja 8 episod ke udara tetapi drama bertemakan semangat anak muda ini sudah berjaya mencipta sejarah di saluran JTBC. Menurut Nielsen Korea, episod “Itaewon Class” baru-baru ini telah merekodkan catatan peribadi terbaik mereka iaitu 12.6% di seluruh negara dan 14.0% di kawasan metropolitan Seoul.

Bukan itu sahaja, naskhah ini berjaya mengalahkan rekod yang dipegang oleh drama “Woman Of Dignity” lantas menduduki tempat kedua di saluran JTBC dengan rating tertinggi. Tempat pertama masih dipegang kemas oleh drama popular “SKY Castle” (23.78%).

Tapi mana tahu mungkin drama lakonan Park Seojoon ini akan berjaya menduduki tempat pertama nanti. Sama-sama kita saksikan!

Sumber: Soompi

Loading...