Ikuti Kami:

Isu Guna ‘Allah’ Dalam Lirik, Jay Park Akui Kesalahan & Mohon Maaf Kepada Peminat K-Pop Muslim

Isu Guna ‘Allah’ Dalam Lirik, Jay Park Akui Kesalahan & Mohon Maaf Kepada Peminat K-Pop Muslim

Kelmarin, penyanyi solo Jay Park teruk dikecam selepas dilihat menggunakan perkataan Allah di dalam lirik lagu ‘Mukkbang (Remix)’.

Meskipun pada awalnya langsung tidak memohon maaf dan merasakan bahawa sesetengah orang sahaja yang terlampau ambil hati mengenai perkara ini, lelaki itu akhirnya mengalah dan mengakui kesalahannya.

Pada awalnya saya tidak mengetahui ada masalah tetapi selepas saya membaca komen daripada orang yang bukan membenci tetapi yang benar-benar cuba mendidik, saya menyedari bahawa saya menggunakan perkataan yang sangat bermakna bagi orang-orang Muslim dalam lirik rap saya. Saya mohon maaf kepada semua peminat Muslim. Saya tiada niat untuk tidak menghormati atau menyinggung perasaan. Saya akan lebih berhati-hati. Love and peace!

Semoga ianya mampu membuka mata para penyanyi luar negara mengenai hal agama yang dianggap serius kepada penganut agama Islam.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...