Ikuti Kami:

“Ini Tanda Positif” – Nafi Tiru K-Drama, Pengarah Berterima Kasih Kerana Beri Hype Buat ‘The Hotel’

“Ini Tanda Positif” – Nafi Tiru K-Drama, Pengarah Berterima Kasih Kerana Beri Hype Buat ‘The Hotel’

Baru-baru ini, heboh di Twitter apabila ramai yang menunding jari dan mengatakan bahawa drama “The Hotel” mirip K-Drama seperti “Hotel Del Luna” dan “The Penthouse”.

Walaubagaimanapun, hal itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh penerbit Michael Ang baru-baru ini.

‘The Hotel’ tak tiru ‘Hotel Del Luna’. Jika kita nak tiru pun pasti tak lulus sebab drama tersebut ada tentang roh hidup balik dan apalah, pasti tak akan lepas.

Jelas Michael, idea untuk drama ini digarap semasa pelaksanaan PKP pertama di mana semua tidak boleh keluar rumah dan melakukan aktiviti ketika pandemik berleluasa.

Banyak orang kaya duduk dalam hotel, jadi kita buat cerita tentang kejadian dalam hotel. Tapi ‘The House’ tak copy drama Korea ‘Penthouse’ atau ‘Hotel Del Luna’.
Bukan dan salah tekaan netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Pengarah drama “The Hotel” pula iaitu Helmi Yusof mengucapkan terima kasih buat netizen kerana mempromosikan naskhah arahannya itu meskipun belum bersiaran.

Saya tak sentap, tapi ini tanda positif untuk The Hotel dan hype telah ada.

Malah para pelakon drama itu turut menolak dakwaan bahawa terdapat persamaan antara “The Hotel” dengan K-Drama popular itu. Bahkan Mira Filzah sempat melakukan kajian “Hotel Del Luna” bagi memastikannya.

Saya tidak pernah menonton drama tersebut, namun setelah google, ia totally berbeza, bukan cerita hantu. ‘The Hotel’ akan menyaksikan watak lakonan saya, Raisa menjadi sangat psiko. Mungkin hanya sebab lokasi dalam hotel, tak copy atau diinspirasi
daripada mana mana K-Drama.

Jawab Eina Azman pula,

Adat la kena judge dengan netizen. Sebelum keluar dah cakap itu dan ini. Tunggu dan lihat kemudian you can judge.

mira filzah the hotelSekadar pengetahuan semua, “The Hotel” mengisahkan Raisa, seorang yang kaya, sebenarnya mempunyai sifat psikopat di mana dia sukar memahami emosi dan segala tindak-tanduknya berdasarkan kehendak semata-mata sehingga dia mampu untuk membunuh. Kemudiannya, Sean muncul sebagai penghuni baru di hotel mewah di kediaman Raisa.

Mungkin ‘feel’ sahaja nampak serupa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...