Ikuti Kami:

Ini Sebab Anda Perlu Tonton ‘Hospital Playlist’ Bermula 12 Mac Ini!

Ini Sebab Anda Perlu Tonton ‘Hospital Playlist’ Bermula 12 Mac Ini!

Sepertinya ramai yang sudah tak sabar nak tonton drama “Hospital Playlist” yang bakal dikemudikan oleh nama-nama besar dalam industri lakonan Korea. Meskipun dihiasi dengan pelakon hebat tetapi pengarahnya iaitu Shin Wonho telah menjelaskan apakah ciri-ciri istimewa naskhah ini yang bakal menambat hati para penonton.

Sinopsis pendek

Kisah lima sekawan belajar di sekolah perubatan yang sama pada tahun 1999 sebelum bertugas di dalam sebuah hospital yang sama. Setiap daripada mereka mempunyai personaliti berbeza, Ikjoon (Jo Jungseok) yang pandai tetapi liar, Seokhyeong (Kim Daemyung) yang anti-sosial, Joonwan (Jung Kyungho) dibenci ramai kerana kebengisannya, Jungwon (Yoo Yeonseok) yang sensitif dan Songhwa (Jeon Mido) yang merupakan ’emak’ kepada kumpulan tersebut. Bersama-sama dengan lima doktor hebat ini, penonton akan dibawa melalui kehidupan harian dan biasa para kakitangan hospital dan pesakit.

Sebab WAJIB Tonton “Hospital Playlist”

1. “Saya mahu tonjolkan kekuatan yang boleh dijiwai oleh penonton menerusi kisah kecil dan berharga daripada hospital.”

Disebabkan drama ini membawa penonton melalui kehidupan individu menjalani kehidupan biasa, pengarahnya menjelaskan kelainan naskhah ini daripada drama bersiri “Reply” dan “Prison Playbook” hanyalah kepada latar belakangnya. Sama seperti drama berkenaan, “Hospital Playlist” menonjolkan kehidupan normal yang berharga dan menyejukkan hati. Momen kelakar, momen menarik dan momen sedih adalah sebahagian kepada kisah ini yang ingin ditonjolkan kepada semua semasa pembikinan drama ini.

jo jungseok dan yoo yeonseok

2. “Ia adalah tangkapan menarik mengenai imej profesional doktor saban hari kerana mereka sering terlibat dengan momen yang paling dramatik.”

Kesemua teraju utama “Hospital Playlist” adalah lima sekawan yang sudah mengenali satu sama lain selama 20 tahun. Lantas drama ini menunjukkan kehidupan mereka di dalam dan luar hospital. Pengarah drama ini menjelaskan bahawa para penonton akan jatuh hati melihat individu biasa di sebalik imej doktor yang berwibawa.

3. “Drama yang senang difahami oleh ramai orang, dengan kisah kehidupan yang tiada beza pun dengan orang lain.”

Daripada memberi fokus kepada sisi dramatik yang terdapat di hospital, “Hospital Playlist” menonjolkan kehidupan hari ke sehari di dalam institusi tersebut. Daripada menonjolkan babak yang mewah dan besar, pengarah mahu penonton memahami bahawa kehidupan mereka tiada beza pun dengan kehidupan orang lain. Pengarah juga mahu penonton bersimpati dengan watak drama ini, dijadikan seperti mereka, ketawa bersama mereka, sama seperti kehidupan seharian kita.

jeon mido, kim daemyung dan jung kyungho

Saksikan drama “Hospital Playlist” yang diterajui oleh Jo Jungseok, Jung Kyungho, Yoo Yeonseok, Kim Daemyung dan Jeon Mido di saluran tvN dan Netflix. Bermula 12 Mac tahu!

Sumber: Sports Joseon

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...