Rasanya ramai yang dah dengar mengenai berita perkahwinan di antara ahli kumpulan EXO iaitu Chen dan tunangnya. Lelaki berusia 28 tahun itu tampil berani mengakui hal tersebut kepada peminatnya selain turut mendedahkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata pertamanya bersama wanita bukan selebriti itu tak lama lagi.
Meskipun sedikit terkejut dengan berita tersebut, ramai peminat EXO daripada luar negara telah membanjiri Chen dan pasangannya dengan ucapan tahniah dan melahirkan rasa teruja mereka dengan ikatan membahagiakan itu. Siap ada yang dah mengaku ‘mak cik saudara’ kepada bayi yang belum pun lahir lagi tersebut. Comel betul!
Pun begitu, kebahagiaan itu hanya dirasai oleh peminat luar negara dan segelintir peminat daripada Korea sahaja. Rasa seperti dikhianati dengan pendedahan Chen itu, rata-rata peminat EXO yang berasal daripada Korea telah mengeluarkan petisyen bagi menyingkirkan penyanyi hebat itu daripada kumpulan EXO.
Mereka merasakan bahawa kepercayaan yang diberikan kepada ahli kumpulan EXO itu dimungkiri dan turut mengecam hubungan cintanya sebagai tindakan yang penting diri. Ada pula yang cakap bahawa sebagai seorang idola K-Pop, dia seharusnya hidup seperti apa yang telah diacukan contohnya menganggap peminat sebagai teman wanita dan tidak boleh mempunyai hubungan romantik dengan wanita lain dalam dunia realiti. Psiko sangat ni!
Bukan kaleng-kaleng ya obsesi peminat fanatik ini, mereka mengugut bakal melakukan protes di hadapan syarikat naungan EXO iaitu SM Entertainment sekiranya pihak agensi berdegil dan terus menyimpan Chen sebagai ahli kumpulan popular tersebut. Tak cukup dengan itu, mereka membanjiri pelbagai laman komuniti di Korea dan Twitter selain menubuhkan satu organisasi dinamakan EXO-L ACE CAFE bagi mengetengahkan permintaan kesemua peminat yang mahu menendang lelaki itu keluar daripada EXO. Banyak masa sungguh!
Tetapi peminat lain pun tunjuk taring ok! Walaupun ada yang cuba ‘menghalau’ Chen keluar daripada EXO, tetapi ramai peminat lain yang tak kisahkan tentang berita perkahwinan lelaki itu terus bergabung dan cuba menghentikan kegilaan kumpulan peminat fanatik tersebut. Kumpulan peminat ini menggesa agar Chen dikekalkan terus di dalam kumpulan itu kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jenayah ke kalau dia mahu membina sebuah keluarga?
The action of a minority does not reflect the sentiment of the whole fandom of EXO.
International EXO fans condemn this petition and we fully support EXO Chen Kim Jongdae as a member of the group.#IEXOLsTakeStance#종대_안에_첸_있다#엑소엘이_지킬_첸과_종대 https://t.co/mmzFRNv6EJ
— EXO GLOBAL [Hiatus] (@EXOGlobal) January 17, 2020
Rata-rata netizen Korea lain yang tak minat K-Pop ada memberikan pendapat mengenai hal ini. Bagi mereka, tindakan Chen mahu berumah tangga adalah lumrah biasa seorang manusia. Siapa tidak mahu punyai isteri cantik dan anak-anak kecil yang comel?
THE WAY THEY CLOWNED DELULUS I‘M DYING
pic.twitter.com/H1LV1iMwAr— elena✨is currently tired (@liliaceaesolar) January 15, 2020
Bahkan seorang lelaki Korea Muslim dan juga Youtuber terkenal iaitu Daud Kim turut tidak terlepas untuk memberikan ulasan mengenai isu panas ini. Dia secara terangan mengkritik perbuatan segelintir peminat fanatik yang meminta Chen keluar daripada EXO kerana ingin berkahwin. Lelaki itu juga memberi kesedaran bahawa idola K-Pop tak mengenali anda langsung jadi tak payah mimpilah dapat berkahwin dengan mereka suatu hari nanti.
Isn’t it Daud Kim? pic.twitter.com/6O9q3HXNPn
— mandy (@yeolieyehet) January 18, 2020
Daud Kim juga tidak lupa untuk meninggalkan pesanan kepada peminat Muslim yang beria-ia mencaci Chen dan juga idola lain yang mempunyai hubungan cinta. Katanya, daripada sibuk fikir nak kahwin dengan para selebriti tersebut, apa kata banyakkan baca al-Quran dan berikan zakat. Sedas je dia perli gaiss!
Daud kim savage! When korean youtubers themself need to educate all of these unmatured kfans