Ikuti Kami:

“INFP, INTP, INTJ Jangan Apply” – Netizen Korea Mengeluh Ada Tempat Kerja Pilih Ikut Personaliti MBTI

“INFP, INTP, INTJ Jangan Apply” – Netizen Korea Mengeluh Ada Tempat Kerja Pilih Ikut Personaliti MBTI

Sebenarnya ramai sahaja yang suka melakukan ujian personaliti atau pun tilikan berdasarkan zodiak dan jenis darah, betul tak?

Tak salah kalau sekadar ingin berseronok, tapi bagaimana sekiranya ia diambil kira ketika sesuatu yang serius seperti proses pengambilan kerja?

Sejak kebelakangan ini, MBTI atau Myers-Briggs Type Indicator merupakan kegilaan rakyat Korea. Bahkan hampir kesemua selebriti akan ditanyakan soalan ini apabila mereka menyertai mana-mana temuramah.

Jenis MBTI

Sebelum itu, mari kita kenali 16 personaliti yang disenaraikan di dalam ujian ini dan merupakan antara cara sesetengah orang memperkenalkan diri mereka.

mbti korea

Kredit: LinkedIn

Asalnya, MBTI dipelopori dari idea asal teori konseptual yang dicadangkan oleh pakar psikiatri Switzerland, Carl Jung. Ujian ini menggunakan empat fungsi psikologi utama iaitu sensation (sensasi), intuition (naluri), feeling (perasaan) dan thinking (pemikiran).

Berdasarkan penilaian itu, ia boleh mengenalpasti 4 elemen tingkah laku yang utama iaitu Introversion/Extraversion, Sensing/Intuition, Thinking/Feeling, Judging/Perception. Oleh itu, ujian MBTI memecahkan personaliti seseorang kepada beberapa kategori.

Ianya terbahagi kepada ISTJ (The Inspector), ISTP (The Crafter), ISFJ (The Protector), ISFP (The Artist), INFJ (The Advocate), INFP (The Mediator), INTJ (The Architect), INTP (The Thinker), ESTP (The Persuader), ESTJ (The Director), ESFP (The Performer), ESFJ (The Caregiver), ENFP (The Champion), ENFJ (The Giver), ENTP (The Debater) dan ENTJ (The Commander).

Fenomena di Korea

Walaubagaimanapun, ujian ini nampaknya diambil serius di Korea memandangkan ada sesetengah tempat kerja yang menolak sekiranya pemohon merupakan sebahagian daripada sesetengah jenis personaliti.

Menurut satu iklan kerja kosong ini, pemohon perlu menjalani ujian MBTI semasa memohon selain sesiapa yang jatuh di bawah jenis INFP, INTP, INTJ, ENTJ dan ESFJ dilarang daripada menghantar permohonan.

mbti korea

Dek fenomena ini, sebuah survey telah dijalankan terhadap pencari kerja yang berusia 20-an. Analisis menunjukkan bahawa 60.6% daripada responden menolak MBTI sebagai salah satu kayu ukur ketika meminta kerja manakala 39.4% lagi memberikan respon yang positif.

Layanan berat sebelah

Antara sebab mereka menolak ujian ini ialah keputusan MBTI yang tidak sahih, prejudis terhadap sesetengah personaliti, risau terhadap jenis MBTI yang dipandang negatif, tiada kaitan antara kemampuan bekerja dan personaliti serta keperluan kelayakan yang membebankan buat pencari kerja.

Bagi yang bersetuju pula, mereka mengatakan MBTI ialah satu keperluan yang baik kerana dapat membina persekitaran tempat kerja yang efisien, melihat jenis personaliti dengan lebih awal, dapat mengagihkan tugas mengikut personaliti dan lebih baik bekerja dengan individu tergolong dalan jenis MBTI yang sama.

mbti korea

Tidak digalakkan pakar

Dalam pada itu, pakar menggalakkan penggunaan ujian personaliti untuk menilai pencari kerja namun membangkitkan keraguan mengenai kredibiliti MBTI.

Ujar Im Myung-ho, profesor psikoterapi di Universiti Dankuk,

MBTI merupakan satu kayu pengukur bagi anak muda, namun tidak banyak bukti saintifik tentangnya. MMPI, BIG5, DSM5 merupakan antara ujian psikologi yang boleh digunakan, ataupun rundingan bersama pakar bagi mengenali personaliti pemohon adalah lebih baik.

kim ahjoong mbti

Kredit: MMTG

Respon negatif

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga meninggalkan komen negatif mengenai isu ini, “Mereka hanya bermain-main untuk membuat duit, kenapa melakukan sebegitu?” dan “Kelakar apabila mereka membahagikan personaliti kepada 16 jenis sahaja.”

Mereka juga turut menyamakan ketaksuban orang ramai terhadap MBTI dengan penentu personaliti lain seperti jenis darah, empat tanda (air, api, angin, tanah), kad tarot, zodiak, feng shui dan juga arus air di dalam rumah.

Pun begitu, ada yang menyokong MBTI dilakukan di tempat kerja bagi memastikan persekitaran yang sesuai bagi setiap pekerja.

Apa pula personaliti korang? Jom cuba di SINI!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...