Ikuti Kami:

Informasi Selebriti Wanita Dicuri Oleh Pekerja Kerajaan Untuk Peras Ugut, Disebar Dalam Ruang Sembang Seksual

Informasi Selebriti Wanita Dicuri Oleh Pekerja Kerajaan Untuk Peras Ugut, Disebar Dalam Ruang Sembang Seksual

Ingat tak mengenai kes “N Room” di mana terdapat bisnes penyebaran video pornografi melibatkan mangsa tak bersalah termasuklah di bawah umur yang dipelopori dalam aplikasi ‘Telegram’. Bayangkan, ruang sembang itu dipenuhi hampir 260,000 ahli dan kesemuanya menggunakan perkhidmatan tersebut tanpa sebarang rasa bersalah.

Selepas jenayah jijik ini dibongkarkan, polis menjejaki pengendali disebalik “N Room” ini dan berjaya memberkas seorang lelaki yang menggunakan gelaran ‘Doktor’ semasa melakukan ‘bisnes’ tersebut. Akhirnya pihak polis akhirnya menunjukkan wajahnya ke seluruh dunia dan Jo Joobin yang berusia 25 tahun kini dihadapkan ke pengadilan atas perlakuan tak berperikemanusiaannya.

Tak sangka rupanya lelaki itu juga cuba menjebakkan beberapa selebriti terkenal ke dalam kancah jenayah tersebut. Pihak polis menyatakan bahawa mereka menjumpai beberapa keping gambar idola perempuan popular A dan pelakon terkenal B di dalam telefon bimbit lelaki tersebut semasa melakukan penyitaan barang miliknya.

jo joobin penjenayah seksual

Daripada gambar tersebut, A dan B dilihat melakukan satu gaya unik di mana ibu jari dan jari kelingking pada tangan kiri ditunjukkan ke atas. Bagi yang tidak mengetahui, ia adalah satu gaya yang biasanya disuruh oleh Jo Joobin kepada ‘hamba’ di dalam ruang sembang tersebut. Kedua selebriti tersebut dikhabarkan akan dipanggil ke pejabat polis untuk disiasat dengan lebih lanjut.

Selain itu, Jo Joobin juga cuba mengorek informasi peribadi mengenai idola daripada kumpulan terkenal C dan D selain pelakon popular Hallyu E menerusi kaedah peras ugut namun gagal.

Kalau anda nak tahu, maklumat peribadi kesemua selebriti Korea ini telah disampaikan kepada Jo Joobin oleh seorang pekerja sosial bernama Choi Moo, salah seorang staf yang menguruskan ruang sembang tersebut selain merupakan kakitangan di Jabatan Pengurusan Hal Am di kawasan Songpa-gu. Dengan kelebihan tersebut, dia telah mengakses lebih kurang 200 maklumat peribadi mangsa dan menghantar 17 daripadanya kepada Jo Joobin.

Cuba buat keuntungan atas kesengsaraan orang lain, tak guna!

Sumber: DailyNaver

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...