Ikuti Kami:

Individu Konon Sebar Wajah Anak Hyunbin & Son Yejin Di Internet, Ini Respon Agensi

Individu Konon Sebar Wajah Anak Hyunbin & Son Yejin Di Internet, Ini Respon Agensi

Merupakan antara pasangan popular di Korea kini, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang wajah anak Hyunbin bersama Son Ye-jin, kan?

Baru-baru ini, sebuah artikel bertajuk ‘Ia kelihatan seperti akaun Insagram peminat Hyunbin tetapi ada foto bayi’, telah menjadi bualan netizen di komuniti dalam talian.

Khususnya, pautan dalam artikel berkenaan akan membawa pengguna ke akaun dengan banyak foto Hyunbin dan Son Ye-jin dipaparkan, serta seorang bayi yang dipercayai merupakan anak kepada pasangan itu.

Dalam foto yang dimuat naik, pelakon wanita itu dilihat memakai pelitup muka dengan seorang bayi dalam pelukannya, yang didakwa sebagai anak kepada Hyunbin dan Son Ye-jin. Tambahan, wajah bayi tersebut turut didedahkan.

son yejin hyunbin

Setelah pelbagai spekulasi dibuat mengenai wajah anak pasangan pelakon “Crash Landing on You” itu, agensi Son Ye-jin memberi respon,

Gambar itu telah disunting.

Untuk pengetahuan, Hyunbin dan Son Ye-jin hanya pernah berkongsi gambar kaki anaknya kepada orang ramai setakat ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...