Ikuti Kami:

Im Soohyang Dilamar Terajui ‘Dr. Lawyer’ Bersama So Jisub

Im Soohyang Dilamar Terajui ‘Dr. Lawyer’ Bersama So Jisub

Nampaknya dah ada pasangan buat So Ji-sub dalam drama “Dr. Lawyer” yang bakal ditayangkan di MBC nanti.

“Dr. Lawyer” ialah sebuah drama menyentuh perasaan dan katartik mengenai seorang pakar bedah genius yang menjadi peguam bagi kes penyelewengan perubatan selepas kehilangan semuanya daripada pembedahan palsu. Manakala seorang pendakwa raya daripada Jabaran Jenayah Perubatan kehilangan satu-satu keluarganya dan kekasih dek pembedahan itu. Bersama, mereka menghukum semua yang meletakkan kepentingan hidup seseorang berdasarkan pangkat harta dan kuasa selain memujuk mangsa yang dizalimi.so jisubKhabarnya, Im Soo-hyang telah dilamar untuk membintangi drama tersebut namun belum ada laporan rasmi daripada pihak wanita itu setakat ini.

Dalam pada itu, So Ji-sub telah pun disahkan membawa watak Han Yi-han, seorang peguam kes penyelewengan perubatan yang pernah menjadi doktor genius dengan dua sijil dalam pembedahan am dan pembedahan toraks.

Cun juga gandingan mereka kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...