Utama Drama Korea Im Siwan Terima Tawaran Bintangi Drama Fantasi ‘Island’ Bersama Kim Namgil &...

Im Siwan Terima Tawaran Bintangi Drama Fantasi ‘Island’ Bersama Kim Namgil & Seo Yeji

ocn island

Baru sahaja drama barunya “Run On” ditayangkan, namun khabarnya Im Si-wan sudah pun menerima tawaran untuk menerajui sebuah drama baru.

Pernah dengar tak drama “Island” yang turut ditawarkan kepada Kim Nam-gil dan Seo Ye-ji? Katanya, Im Si-wan juga dikhabarkan bakal membintangi drama itu di samping nama-nama hebat tersebut.

Selepas berita ini berterbangan, agensinya iaitu Plum A&C menyatakan bahawa ia adalah merupakan salah satu projek yang ditawarkan kepada pelakon lelaki itu dan dia masih lagi mengkajinya. OCN turut memberikan respons yang sama di mana kemunculannya tersebut masih lagi sedang dibincangkan.

im siwan

“Island” ialah sebuah drama fantasi pengusiran roh yang diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama. Ia membawa kisah seorang lelaki yang memerlukan seorang wanita untuk menamatkan kehidupan abadinya yang disumpah dan seorang wanita yang tidak tahu mengenai nasibnya yang sedih dan kejam. Kedua mereka kemudiannya disertai oleh seorang paderi penghalau roh yang diulit rasa bersalah selepas gagal melindungi seorang perempuan. Di pulau tersebut yang sebenarnya diselubungi oleh kejahatan yang gelap meskipun nampak cantik di luar, ketiga-tiga watak ini yang berlainan akan bergabung tenaga untuk melindungi satu sama lain.

Dikatakan drama ini akan ditayangkan pada separuh kedua tahun 2021.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

SUMBERSports Donga
Loading...