Ikuti Kami:

Ikuti Perjalanan Selama Bersiaran, ‘The Penthouse’ Bakal Tayang Episod Khas ‘Story Of 540 Days’

Ikuti Perjalanan Selama Bersiaran, ‘The Penthouse’ Bakal Tayang Episod Khas ‘Story Of 540 Days’

Meskipun sudah menamatkan tayangan, namun “The Penthouse” masih lagi ada hadiah buat peminatnya.

Bersempena dengan Chuseok yang bakal tiba, SBS bakal menayangkan episod khas untuk drama itu bertajuk “Story of 540 Days” pada 18 September nanti.

Menerusi tayangan ini, penonton akan disajikan dengan momen setiap pelakon daripada pembacaan skrip pertama sehingga tayangan terakhir. Tayangan ini akan menceritakan perjalanan “The Penthouse” selama 540 hari menerusi pandangan para pelakon.

Bukan sahaja gembira, ada juga duka yang dirasai mereka sepanjang tempoh produksi. Malah mereka akan memilih babak dan episod yang paling meninggalkan kesan buat masing-masing.the penthouse - story of 540 daysSetiap daripada mereka juga akan menyampaikan ucapan buat penonton yang terus menyokong drama itu sehingga ke akhirnya.

Jangan lupa saksikan nanti okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...