Ikuti Kami:

Ikut Format Musim, tvN Kongsi Barisan Pelakon Drama Adaptasi Webtoon ‘Yumi’s Cell’

Ikut Format Musim, tvN Kongsi Barisan Pelakon Drama Adaptasi Webtoon ‘Yumi’s Cell’

Akhirnya, pihak produksi drama adaptasi webtoon “Yumi’s Cell” mengesahkan barisan pelakon utamanya.

Untuk pengetahuan anda, “Yumi’s Cell” membawa kisah seorang kakitangan pejabat biasa yang memberikan sudut pandangan sel otak di dalam kepalanya yang mengawal setiap fikiran, perasaan dan tindakan. Drama ini akan memulakan pengambaran kini selepas barisan pelakon sudah ditetapkan.

Kim Go-eun akan melakonkan watak Yumi, seorang kakitangan pejabat baiasa. Sel cinta Yumi jatuh koma selepas terkejut dengan perhubungan cintanya yang gagal. Drama tersebut akan melihatkan perkembangan dan transformasi wanita itu selepas sel lain bekerja keras untuk membangunkan semula sel cintanya.

Ahn Bo-hyun bakal memegang watak Goo Woong, yang hanya berfikir menggunakan algoritma mudah iaitu ‘ya atau tidak’. Dia merupakan seorang jurutera sehingga ke tulang dan tidak bercakap menggunakan perasaan. Namun dia akan membangkitkan sel cinta Yumi dengan personaliti yang jujur dan ringkas.

tvn yumi's cell

Lee Yoo-bi pula bertanggungjawab menghidupkan watak si kalu yang comel, Ruby. Meskipun seperti rubah dalam bab cinta dan memiliki pelbagai kemahiran dalam perhubungan, dia merupakan seorang wnaita muda yang sangatlah bertenaga dan tahu menjaga orangnya. Sikap anehnya mungkin menyebabkan ramai yang marah, namun dia merupakan karakter yang sukar dibenci penonton.

Watak Sae-yi akan dimainkan oleh Park Ji-hyun, di mana dia mempunyai visual dan kemahiran yang sempurna selain menanam cita-cita yang tinggi. Sae-yi berimpian untuk menjadi pengarah seni permainan yang terbaik dan menjadi sebab cemburu kepada orang lain. Dengan hubungannya yang samar-samar dengan Go-woong, dia akan muncul sebagai lawan cinta Yumi sekaligus meningkatkan debaran dalam drama itu.

Bagi menghidupkan lagi drama adaptasi webtoon itu, ianya akan digabungkan dengan realiti sebenar dan juga animasi. Bahkan “Yumi’s Cell” mempunyai format musim dan setiap siri akan berakhir dengan 14 episod sahaja.

Khabarnya drama ini akan menemui penonton pada separuh kedua 2021.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...