Ikuti Kami:

“Ikonik” – Tampil Seksi, Ramai Puji Bentuk Badan Jennie Dalam Iklan ‘Calvin Klein’

“Ikonik” – Tampil Seksi, Ramai Puji Bentuk Badan Jennie Dalam Iklan ‘Calvin Klein’

Peminat pastinya tak keruan setiap kali Calvin Klein berkongsi foto baru untuk kerjasama mereka bersama Jennie BLACKPINK.

Terbaru, jenama pakaian Calvin Klein telah melancarkan foto dan video untuk kempen Musim Bunga 2023, menampilkan duta mereka iaitu Jennie.

Dalam gambar berwarna hitam putih itu, Jennie dilihat menggayakan rambut ‘choppy bangs’ sambil mempamerkan pelbagai pakaian dari jenama tersebut.

Khususnya menerusi video yang dikongsi, ahli BLACKPINK itu tampil seksi dengan hampir mendedahkan keseluruhan bahagian belakang badannya dan auranya memang tidak dinafikan amat sesuai buat jenama berkenaan.

 

Meninjau di bahagian komen, peminat ada menulis,

Tiada siapa yang melakukannya seperti Jennie! Dia benar-benar ikonik dalam semua benda yang dia lakukan.

 

Dia sangat sempurna, cantik, elegan, seksi, berbakat, itulah sebabnya Jennie adalah bias saya ❤️❤️ badannya juga sangat cantik.

 

Saya menyukainya!! Video ini memang lain macam, dari muzik, koreo dan penyuntingan. Ini benar-benar gadis kami Jennie Ruby Jane 🔥💙

Fuhh Jennie.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...