Ikuti Kami:

Idola Merokok Sampai Penggera Berbunyi & Semua Kena Kosongkan Hotel, Netizen Petik Nama Seolhyun AOA?

Idola Merokok Sampai Penggera Berbunyi & Semua Kena Kosongkan Hotel, Netizen Petik Nama Seolhyun AOA?

Tiada angin tiada ribut, kelmarin kecoh apabila satu berita yang dilaporkan pada 2016 kini kembali menjadi perbualan hangat di serata media sosial.

Berita tersebut menceritakan kisah seorang ahli kumpulan idola wanita yang menyebabkan penggera kebakaran berbunyi di sebuah hotel di Thailand kerana merokok di dalam bangunan, bahkan kesemua tetamu terpaksa mengosongkan hotel tersebut kerana insiden tersebut.

Menurut salah seorang wartawan yang melaporkan berita itu menerusi rancangan “Brave Journalists”, idola tersebut dikhabarkan merupakan ahli kepada satu kumpulan idola yang mempunyai peminat lelaki yang ramai. Hal ini juga dikatakan terjadi semasa idola ini ke Thailand untuk merakamkan satu iklan komersial.

Idola wanita ini dikenali kerana penampilannya yang suci, tubuh badan yang ramping dan personaliti yang baik. Tetapi dia juga difahamkan tidak boleh hidup tanpa merokok dan mencarut.

Ketika kejadian itu, pihak hotel menunding jari kepada idola tersebut kerana merokok dan mahu melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Tetapi dia berterusan mengatakan bahawa dia tidak tahu bahawa itu adalah kawasan larangan merokok. Kakitangan yang bertugas untuk penggambaran iklan tersebut akhirnya mendedahkan identiti idola tersebut dan menyelesaikan isu tersebut dengan segera selain memohon maaf bagi pihaknya.

Dia juga menunjukkan perangai yang tidak semenggah kerana lambat ke lokasi penggambaran dan juga melayan ahlinya yang lain seperti kuli.

seolhyun dituduh hisap eokok sehingga penggera berbunyi di thailand

Selepas berita itu kembali tular selepas 4 tahun, ramai yang menyebut nama Seol-hyun daripada kumpulan AOA sebagai gerangan idola yang tidak bertanggungjawab tersebut. Walaubagaimanapun, agensi naungannya FNC Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menafikan dakwaan tersebut.

Individu yang disebut dalam khabar angin tersebut sememangnya bukan Seol-hyun. Kini kami sedang bukti relevan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang menyebar perkara tidak sahih secara atas talian.

Kami mohon maaf kerana perkara ini dilaporkan seperti ia adalah fakta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana ia sudah merosakkan reputasi Seol-hyun.

Sejak kes Ji-min daripada kumpulan AOA buli Mi-na, ramai nampaknya yang tak sabar nak korek lagi rahsia mengenai kumpulan tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...