Ikuti Kami:

Ibu Dikatakan Curang & Sering Bertukar Lelaki, Si Kecil Goo Hara Turut Dibawa Ketika Wanita Itu Dating

Ibu Dikatakan Curang & Sering Bertukar Lelaki, Si Kecil Goo Hara Turut Dibawa Ketika Wanita Itu Dating

Baru-baru ini, rancangan JTBC bertajuk “Spotlight” telah menyelongkar lebih banyak lagi kisah di sebalik kehidupan Goo Ha-ra sebelum dia mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia ini buat selamanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah apabila mendapat tahu bahawa ibu kandungnya yang sudah lama menghilangkan diri kini mahu merebut harta selebriti itu. Menerusi rancangan ini, bapa kepada Goo Ha-ra telah duduk dan menceritakan kisah sebenar yang membuatkan keluarga mereka porak-peranda dek masalah yang disebabkan oleh bekas isterinya.

Menurut lelaki itu, ibu kepada Goo Ha-ra meninggalkan keluarga semasa anak-anak mereka masih lagi kecil. Dia pergi tanpa meninggalkan sebarang penjelasan malahan terus menghilangkan diri tanpa khabar berita.

goo hara kecil
Mengikut penjelasan ayah Goo Ha-ra, walaupun pada awalnya dia tidak mahu memberikan penceraian kepada wanita tersebut namun apabila dia berterusan mencipta masalah kerana lelaki lain sehingga membuatkan dia merasakan bahawa perpisahan adalah jalan yang terbaik buat keluarganya. Lebih menyedihkan apabila wanita itu yang sering datang berjumpanya bagi meminta untuk bercerai namun langsung tidak menjenguk kedua anaknya.

Bahkan semasa penceraian mereka sedang diproses, bekas isterinya langsung tak bertanyakan hal penjagaan anak-anak. Justeru, Mr. Goo mengambil alih tugas sebagai ibu dan bapa dan membesarkan anak-anaknya.

Apabila hakim bertanyakan hal penjagaan anak, dia mengatakan ‘Saya akan melepaskan hak penjagaan tersebut.’ Jadi, saya mengatakan bahawa saya akan bertanggungjawab terhadap hak penjagaan tersebut.

ayah goo hara bersedih

Selepas daripada temuramah bersama dengan bapa Goo Ha-ra, JTBC telah mengambil peluang ini untuk mendengar penjelasan ibu selebriti itu pula. Namun, cerita yang disampaikan adalah berlainan sungguh dengan apa yang kita dengari sebelum ini.

Menurut wanita itu, dia melarikan diri daripada rumah kerana bekas suaminya mengugut untuk membunuhnya. Oleh sebab itu, dia berasa takut untuk datang melawat anak-anaknya. Bahkan, ibu kandung Goo Ha-ra turut mengatakan bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli telefon bimbit bagi menghubungi kedua anaknya.

Mereka katakan saya larikan diri kerana curang, tetapi ia tidak benar. Dia telah memegang pisau- pisau dapur- dan mengugut untuk membunuh saya.

Pada ketika itu, saya tidak dapat bertemu dengan anak-anak saya. Saya hanya mendengar perkhabaran berita mengenai mereka menerusi adik kepada ayah mereka. Sehingga sekarang, saya mesti menggigil dan berdebar apabila teringatkan insiden itu.

ibu goo hara

Pun begitu, isi kandungan diari Goo Ha-ra yang didedahkan sebelum ini mendedahkan kisah yang lain daripada kenyataan ibunya. Bahkan selebriti itu sendiri mengakui bahawa wanita tersebut ada membawanya bersama apabila dia berjumpa dengan lelaki lain meskipun dia masih lagi kanak-kanak pada ketika itu.

Ayah, saya jadi begini kerana Song yang melahirkan saya. Awak selalu bawa saya sekali apabila curang dengan ayah. Dan awak…

Kenapa lahirkan saya sekiranya awak akan melakukan hal seperti ini?

Malah salah seorang daripada teman rapat Goo Ha-ra juga mengesahkan bahawa ibu selebriti itu telah mencurangi ayahnya sehingga mereka akirnya berpisah. Sedih apabila mengetahui bahawa ibunya melakukan perbuatan terkutuk tersebut dengan beberapa lelaki ketika Goo Ha-ra masih lagi berada pada umur tadika dan juga sekolah rendah.

Abang Goo Ha-ra iaitu Goo Ho-in juga tidak percaya terhadap kenyataan yang keluar daripada mulut ibunya itu. Disebabkan oleh kerja ayahnya yang memerlukan lelaki itu berjalan ke serata Korea menyebabkan dia dan selebriti itu tidak tinggal bersama-sama ayah mereka. Jadinya, ibu mereka dengan mudahnya boleh bertemu dengan anak-anak tanpa bertembung dengan bekas suaminya.

goo hara kecil

Bukan itu sahaja, kenyataan ibunya yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai wang untuk berjumpa anak-anaknya juga adalah mustahil kerana tempat tinggalnya hanya 10 minit perjalanan daripada rumah Goo Ha-ra di Seoul. Selepas selebriti itu mencari ibunya selepas 20 tahun terputus hubungan, dia nyata terkejut apabila mengetahui bahawa wanita itu tinggal berdekatan dengannya. Malahan wanita tersebut sibuk mencanang bahawa anaknya adalah seorang selebriti kepada semua orang selepas Goo Ha-ra menjadi popular.

Kini, Goo Ho-in sedang berusaha sedaya upaya bagi memastikan harta peninggalan Goo Ha-ra tidak menjadi milik ibunya. Ayah kepada selebriti tersebut juga nampaknya masih lagi bersedih dengan kematian anak perempuannya itu, sampaikan dia cuba memujuk diri dengan mengatakan bahawa Goo Ha-ra tiada kerana sedang sibuk dengan jadual seninya di Jepun.

Dia selalu aktif di Jepun, jadi sampai sekarang ini, saya selalu membayangkan seperti dia berada di sana. Dengan cara itu, saya berasa sedikit terpujuk.

kematian goo haraSemakin diselongkar cerita Goo Hara, semakin sedih apabila terbayang wanita itu yang hidup dengan pelbagai masalah. Walaubagaimanapun, dia langsung tak tunjukkan kesedihan tersebut apabila muncul di kaca televisyen. Kuat kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...