Ikuti Kami:

“Ianya Sudah Ideal..” – Ramai ‘Demand’ Musim Kedua ‘Taxi Driver’, Ini Respon Lee Jehoon

“Ianya Sudah Ideal..” – Ramai ‘Demand’ Musim Kedua ‘Taxi Driver’, Ini Respon Lee Jehoon

Puas tak tonton “Taxi Driver” sehingga ke penghujungnya baru-baru ini?

Mengisahkan mengenai perkhidmatan ‘Rainbow Taxi’ yang membantu membalas dendam bagi pihak mangsanya, drama ini ternyata popular dalam kalangan peminat K-Drama.

Walaubagaimanapun, ending di mana pendakwa raya Kang Ha-na (Esom) yang akhirnya menyertai perkhidmatan tersebut meskipun menyelar mereka pada awalnya nyata membuatkan penonton berharap akan ada musim kedua nanti.

Dalam sebuah temubual baru-baru ini, Lee Je-hoon telah menjawab mengenai kemungkinan drama itu disambung ke musim yang baru,

Saya rasakan ending tersebut sudah cukup ideal. Sejujurnya, memang benar pembalasan dendam akan membawa kepada balas dendam yang lain, jadi kru Rainbow Taxi perlu berfikir panjang tentang apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk menyelesaikannya. Namun kini mereka kembali bersama pendakwa raya Kang Ha-na.

Dalam musim ini, terdapat pelbagai pendapat bagaimana apa yang baik dan dan apa yang buruk apabila menyumbatkan penjenayah dalam penjara rahsia. Saya rasakan kisah pada masa hadapan boleh ceritakan mengenai bagaimana Rainbow Taxi boleh menyelesaikan sebarang situasi secara adil dengan bantuan pihak berkuasa.

lee jehoon

Tambahnya lagi,

Saya berasa seronok kerana episod terakhir membuatkan penonton ternanti-nanti dengan masa hadapan Rainbow Taxi. Selepas saya menamatkan penggambaran, saya mahu terus bermain watak itu. Terdapat banyak program TV bukan fiksyen mengenai kes tidak diselesaikan dan situasi dalam realiti, tapi saya merasakan ramai yang tertarik untuk melihat bagaimana ianya digambarkan dalam dunia fiksyen drama. Bukan sahaja terhibur melihat apa yang dipaparkan di skrin, saya rasa kita juga patut menggunakan kisah ini untuk berkomunikasi dan memahami situasi masing-masing sekaligus menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Nampaknya masih belum ada bayangan mengenai musim kedua “Taxi Driver”, mungkin suatu hari nanti. Siapa tahu kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...