Sejak mendedahkan mengenai anaknya bersama Jung Woo-sung di media sosial, macam-macam tohmahan diberikan kepada Moon Gabi.
Meskipun tidak mendedahkan nama bapa kepada anak itu pada awalnya, bagaimanapun media dapat mengagak bahawa dia adalah pelakon Jung Woo-sung. Lelaki itu kemudiannya mengakui hal berkenaan namun mendedahkan bahawa dia tidak akan mengahwini Moon Gabi.
Selepas pendedahan itu, semakin banyak khabar angin berterbangan sehingga menyebabkan Moon Gabi kembali membuat kenyataan kedua. Luahnya,
Artikel yang ditulis berbunyi seperti ‘Moon Gabi tiada hubungan dengan lelaki itu tetapi bertemu beberapa kali, menjadi hamil, dan meminta perkahwinan untuk sokongan kewangan, tetapi apabila ditolak, dia melahirkan anak tanpa persetujuan.’ Ada juga yang mengatakan hantaran media sosial saya dibuat untuk menjatuhkan individu tersebut.
View this post on Instagram
Moon Gabi mengakui telah menjalinkan hubungan dengan Jung Woo-sung sejak 2022 dan menamatkan hubungan mereka pada hari terakhir 2023. Pada Januari, mereka sudah tidak berhubung meskipun lelaki itu adalah bapa kepada anak tersebut,
Saya tidak pernah meminta perkahwinan atau apa-apa kerana kehamilan. Kami melakukan yang terbaik dalam hubungan itu dan kami memutuskan untuk menyambut anak ini di tengah-tengah hubungan yang wajar.
Pintanya agar dunia tidak menuduhnya melakukan perkara bukan-bukan dan berharap agar tiada siapa mengatakan bahawa bayi ini adalah satu kesilapan.
Sementara itu, pihak Jung Woo-sung masih belum mengeluarkan kenyataan tentang penjelasan terbaru Moon Gabi.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.